Pencak Silat KARISMA 2011

Assalamualaikum.

At last, ade jugak insan yang baik hati upload gambar mase Kejohanan Pencak Silat KARISMA 2011 kat UiTM Segamat, Johor tempoh hari. Kalau aku tahu siapa, dah lame aku creditkan kat blog aku ni. Tapi apekan daya, dapat gambar tanpa diberitahu hak miliknya. Haha.

Ok. Shortly, pada 18hb dan 19hb Oktober yang lalu, aku bersama sahabatku Ishkandar telah memanjangkan langkah melawat sahabat2 yang menyertai Kejohanan Pencak Silat KARISMA yang diadakan di UiTM Segamat, Johor. Takde la jauh mane pun. Jarak masa 2 jam setengah jek. Tapi sebab semangat tu ade, se jauh mane pun sanggup ku jejak. Hehe.

Tapi disebabkan game ni jugak, aku telah mengambil langkah yang bagi aku 'GILA' kerana telah memonteng sehari punya kelas. Tak pernah2 aku ponteng, tetibe sebab SILAT tersanggup pulak. Haha. Pape pun, alhamdulillah semua yang tertinggal telah ku 'cover'.

Kalau RAJIN, cubalah kesan dimana lokasi aku di sebalik 3 gambar di bawah. Hehe.




Tahniah buat teammate ku yang telah berjaya buat berkali-kalinya. Teruskan latihan dan tingkatkan mutu persembahan kalian semua. Insyallah.

JUARA Regu Putri (UiTM Shah Alam)

..When the Lion Roars..

Ok. Sekadar ni saja celoteh aku malam ni. Ade rezeki, esok bersua di post seterusnya. Maklumlah, bebanan dah kian reda. Dah tiba mase untuk menghidupkan kembali laman maya hak milik mutlak saudara yang bergelar Nash Az. Woha!

p/s : Pengalaman pertama aku menyarungkan jersi UiTM dan bersama dengan barisan atlit UiTM. Thanks jugak kepada Coach Habizan, Coach Mat dan Cik Said sebab bagi kami tumpang bilik kalian seketika. Haha.

Wallahualam.

Comments