Raya Haji Kedua 1432H
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, berkesempatan jugak untuk mengupdatekan sesuatu. Sejak belakangan ni menghadapi masalah untuk meng'online'kan diri. Terpaksa terpisah dengan dunia luar seketika. Memang sesuatu yang menyiksakan. Haha.
Di hari kedua Raya Eidul Adha. Alhamdulillah, berkesempatan berkumpul satu keluarga, LENGKAP. bersama keluarga kedua abangku yang sama2 menginap di rumah kami. Tengahari tadi berkesempatan untuk menikmati juadah 'Ayam Penyet' bersama-sama di Restoran 'Ayam Penyet' sekitar Wangsa Walk a.k.a. WAWA. Dan seperti biasa, kegiatan berlegar-legar dan berjalan2 di sekitar WAWA. Walaupun pada awalnye tiada hala tuju. Namun, selepas memulakan langkah, banyak pulak arah nak dituju. Haha.
Sedang berjalan2 di WAWA, baru ku sedar kelibat Medan Selera yang baru sahaja dibina. Atau mungkin aku saja yang baru tahu. Haha. Agak menarik! Disebabkan perut maseh kenyang gara2 ayam penyet seketul yang berjaya mengenyangkan satu badan, aku bersama siblings saja berlegar2 di kawasan medan selera tersebut ala-ala membuat pantauan kebersihan. HAHA
Beest jugak. Walaupun menghabiskan masa tak sampai berjam-jam lamanye, namun berjaya mengubati kebosanan. Yang tak tahannye, ade jugak parent yang join game 'Snake & Ladder' kat bawah ni haa. Haha. Ni mesti kes nak bagi semangat kat anak2. Terpaksa join sekali.
Insyallah, setakat ni jer dulu. Keadaan tak mengizinkan aku untuk menaip lelame. Last but not least, HAPPY BIRTHDAY to my eldest brother, Nazrul Amir Aliasaa bin Aliasaa. Sangat sporting! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Insyallah.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment