Pabila tiba Hari Wukuf di Arafah
Assalamualaikum.
Berjuta2 Jemaah Haji menuju ke Padang Arafah
Seperti yang semua tahu, hari ni merupakan hari di mana semua jemaah yang menunaikan haji menjalankan salah satu rukun HAJI yakni berwukuf di Arafah. Pada masa yang sama juga, umat ISLAM seluruh dunia disunatkan untuk berpuasa sempena Hari Arafah dan kelebihan yang diperoleh dari amalan puasa tersebut boleh rujuk hadis di bawah.
Sabda Rasulullah s.a.wصَوْمُ يَوْمِ عَرَفَةَ يُكَفِّرُ سَنَتَيْنِ مَاضِيَةً وَمُسْتَقْبَلَةً وَصَوْمُ عَاشُوْرَاَء يُكَفِّرُ سَنَةً مَاضِيَةًPuasa hari Arafah menebus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang dan puasa Asyura (10 Muharram) menebus dosa setahun yang telah lewat. (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud dari Abi Qotadah)
Kepada yang berpuasa hari ni, penulis mengucapkan SELAMAT BERBUKA. Dikesempatan ini juga suka untuk aku kongsikan bersama sedikit info yang aku dapat menerusi laman mukabuku.
Hari ini 5 November 2011 bersamaan 9 Zulhijjah 1432 H merupakan hari berwukuf di Arafah. Bagi kita di Malaysia, ia bersamaan dgn masa dari 5.00 ptg hingga 10.39 mlm. Wukuf, waktu bila mana ketujuh-tujuh syurga dibuka, bila mana tiada 'hijab' di antara Allah SWT dan hamba-NYA, waktu paling AFDAL dalam setahun untuk berdoa dan solat. Marilah kita manfaatkan waktu beberapa jam ini memanjatkan doa bertaubat dengan sesungguh hati penuh harapan.
Insyallah, ayuh sama2 kita bermunajat sementara masa masih ada untuk memohon segala apa yang kita hajatkan sebelum tiba jam 10.39 mlm ni.
YEAH, ESOK HARI RAYA QURBAN!!
Ayuh kita mengimbas kembali kisah Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail dan mengambil iktibar atas peristiwa yang terjadi kepada mereka.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment