Raya Pertama Eidul Adha 1432H

Assalamualaikum.

SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA 1432H
MAAF ZAHIR & BATIN

Raya pertama Eidul Adha. Berpakaian seperti Raya Eidul Fitr yang lalu yakni berbaju melayu KUNING, bersongket dan bersongkok ketika menunaikan Solat Sunat Eidul Adha. Suasana hari Raya yang bagi aku bergantung pada seseorang untuk menghidupkan suasana RAYA itu sendiri.

Kalau seseorang itu hanya berpendirian untuk memakai pakaian ala kadar dan tidak ingin melibatkan diri dalam urusan qurban, maka mereka telah memilih jalan untuk menghidupkan suasana Raya Haji mereka dengan suasana yang BIASA yakni seperti hari2 biasa.

Tetapi jika mereka bangun di pagi raya sejurus membuka siaran tv mendengar takbir raya bergema, berpakaian baju baru, datang ke masjid awal dan turut serta dalam takbir raya serta melibatkan diri dalam urusan qurban di surau2 atau masjid2 berdekatan, maka mereka inilah yang beruntung kerana mereka telah berjaya menghidupkan suasana Raya Qurban yang sebenar. Amatilah maksud hadis di bawah.
"Bangunlah, saksikan qurban itu, sesungguhnya titisan pertama darah itu dapat mengampuni dosamu yang telah lalu.."
-HR Hakim dari Abu Said Al Khudri-
Selesai Solat Sunat Eidul Adha pagi tadi, kami sekeluarga terus menuju pulang ke rumah untuk menikmati juadah lemang, nasi himpit dan rendang buatan ibu tercinta. Di tengahari pula kami berpeluang untuk menziarahi kubur Arwah Nenek yang telah genap 5 tahun meninggalkan kami. Alunan bacaan Yaasin dari kami sekeluarga disedekahkan khusus buat roh nenek agar roh sentiasa tenang dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman. Amiin.

..operasi membersihkan kubur..

"..Yaasiiin..wal quranil hakiim.."
..ade jugak nampak macam golongan diraja kan? Hehe..

..menjadi amalan orang2 melayu menyiram kubur dengan air zam2..

Insyallah, di malam hari pula, ketibaan abang sulung aku sekeluarga dari Perak (Kampung Mertuanya) akan memenuhi kuota sebenar keluarga kami. Didoakan agar mereka selamat sampai. Insyallah.

Wallahualam.

Comments