Sukses 2012

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kerana masih diberi peluang dan ruang untuk menaipkan sesuatu di laman ni. Ketibaan musim cuti sekadar hanya pada namanya saja namun hakikatnya kesibukannya masih bertalu2 terpaksa dihadapi oleh penulis sendiri. Insyallah, dikesempatan ini penulis ingin berkongsikan sedikit pengalaman sepanjang melibatkan diri secara tak langsung dalam kejohanan Pencak Silat Sukan Selangor (SUKSES) tempoh hari.

Pada 13-15hb Januari yang lalu, telah berlangsungnya satu kejohanan Pencak Silat SUKSES yang telah banyak kali ditunda namun akhirnya terlaksana bertempat di Komplek Rakan Muda Puchong. Penyertaan dari semua daerah dalam negeri Selangor. Namun kali ni aku hanya terlibat secara tak langsung dalam kontinjen Daerah Sepang sebagai pembantu jurulatih silat seni. 

Pengalaman pertama menjadi pelepas pesilat2 daerah Sepang merangkap team projek Selangor. Misi utama meraka merangkul pingat EMAS dalam kejohanan ini. Alhamdulillah, yang ditarget berjaya mencapai misi mereka. Namun misi bilangan pingat tersasar sedikit daripada yg ditarget. Apepun still alhamdulillah kerana masa berjaya merangkul JUARA KESELURUHAN.

Sedikit selingan gambar2 sepanjang terlibat dengan kejohanan tersebut.

Bersama Pesilat Solo Putera (Hakim)

Bersama Assistant Coach (Syahidah & Pija)

Bersama pesilat Ganda Putera (Acap & Amin)

Pesilat Solo Puteri (Nisa')

Pesilat Regu Putera (Hanif, Amer & Nas)

Bermeditasi sebelum dipanggil masuk ke gelanggang

Sahabat2 yang turun padang

Team Sepang menjuarai kejohanan

Team Silat Seni Projek Selangor / Sepang

Generasi selepas aku. Dulu aku dalam kalangan mereka. Sekarang tiba masa mereka pula. 

Setakat ini jer untuk kali ni. Sekadar perkongsian. 
Wallahualam.


Comments