Tuesday, 3 January 2012

Gayong Kebangsaan Kedah. TAHNIAH!


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selesai sudah paper kedua terakhir untuk peperiksaan akhir semester penulis. Namun, disebabkan jurang masa untuk paper seterusnya ialah 10 hari, penulis telah mengisytiharkan MERDEKA fasa pertama yakni untuk memberi peluang meneutralkan kembali kekusutan dan tekanan yang dihadapi oleh penulis sepanjang minggu peperiksaan ni.

Dikesempatan ini, penulis ingin mengongsikan sedikit kegembiraan yang terzahir dari hati penulis yakni apabila mendapat khabar gembira bahawa kesemua anak didik silat yang bernaung di bawah Gelanggang PSSGM SMK Sg Pusu telah berjaya membawa pulang pingat dalam Kejohanan Pencak Silat Remaja & Dewasa PSSGM Kebangsaan di Kedah pada 21hb - 25hb Disember yang lalu.

Pungutan pingat dari Atlit2 Sg Pusu (Dewasa + Remaja)
6 EMAS
3 PERAK
1 GANGSA

Senarai Atlit2 Sg Pusu yang BERJAYA membawa pulang PINGAT :-

Kontinjen 
GAYONG SELANGOR
Silat Olahraga :-
Ckg. Hanafi Ariffin (Emas)
Shahmi (Emas)
Nurul Fadiah (Emas)
Zaty Rohaizat (Perak)
Aisyah @ Ecah (Perak)
Aishah Aliah (Gangsa)

Silat Seni :-
Amir Aiman - Tunggal Putera (Emas)
Nurul Fadiah - Tunggal Puteri (Emas)
Nurul Fadiah - Solo Puteri (Perak)

Kontinjen
GAYONG ELIT
Silat Seni :-
Regu Putera (Emas)
Ashraf Ibrahim
Fikri Salim
Afiqul Rasyed

Walaupun hakikatnya sumbangan yang ditaburkan oleh penulis tidaklah sebesar mana akibat kekangan masa yang harus diberi keutamaan pada persediaan EXAM dan Kejohanan UPSI dan Jemputan Uni ASEAN yang disertai penulis, namun sekurang2nya kejayaan Sg Pusu telah berjaya membuka mata sesetangah pihak. 

Kontinjen Gayong Selangor

Gayong Selangor (DEWASA)

Gayong Selangor (REMAJA)

Kontinjen Gayong ELIT

Regu Putera Gayong ELIT

BUKTI bergiat aktif dalam Ko-kurikulum (Pencak Silat) TIDAK menggangu prestasi akademik pelajar.
Calon PMR 2011

Ashraf Ibrahim 
9A's PMR
TAHNIAH!
( dan juga kepada semua calon2 PMR yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang.)

Tahniah kepada yang berjaya!
Sesungguhnya kejayaan takkan datang tanpa USAHA yang BERTERUSAN. Teruskan memburu matlamat mengecapi IMPIAN dan AZAM yang telah dirangka sempena kedatangan tahun baru 2012.

PSSGM Sg Pusu still the BEST!
Keep itu Up Guys.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...