Kisah BEST Students SPM 2004/06/08

Assalamualaikum.

Habes kecoh semua media mengenai seorang Pelajar Cemerlang SPM 2004 yang memperolehi 17 A1, Nur Amalina yang telah berubah setelah hampir 7 tahun bermastautin di tanah negara barat menuntut dalam bidang perubatan. Penulis tak berhajat untuk mengulas mengenai beliau. Bagi penulis, adalah tak molek untuk kita membuka aib atau menghebah2 kan perbuatan negatif saudara seislam kita sendiri. Namun, masih menjadi tanggungjawab kita untuk menegur beliau tapi hendaklah secara berhemah seperti ditunjukkan oleh Nabi SAW.

Hajat penulisan malam ni adalah mengongsikan kisah atau cerita mengenai duta2 pelajar cemerlang Malaysia yang sekarang sedang menuntut di perantauan secara ringkas. 

**********

Nama: Nur Amalina Che Bakri
SMK Terakhir : Sekolah Menenangah Ulu Tiram, JB
Keputusan SPM : 17A1 2004
Perkembangan terkini : pelajar tahun akhir perubatan di Enuversity of Edinburgh Scotland.
Gambar terkini : *cari sendiri


**********

Nama : Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal
SMK Terakhir : Maahad Muhammadi Perempuan, Kelantan
Keputusan SPM : 19A1 1A2 SPM 2008
Perkembangan terkini : tiada tetapi mengikut laman google, beliau sedang mengikuti kursus di Jordan dalam bidang Perubatan.
Gambar terkini: to be updated


dapat rumah banglo!

**********

Nama: Siti Fatimah Mukhtar
SMK Terakhir : Maahad Muhammai Perempuan, Kelantan
Keputusan SPM : 17A1 1A2 Spm 2006
Perkembangan Terkini : Mengikut kursus perubatan dan University of Nottingham, United Kingdom
Gambar Terkini :-

fatimah bersama adik2 untuk program2 yang diikutinya

Fatimah (kiri sekali) bersama rakan-rakan kuliah perubatan di University of Nottingham, masih mengekalkan imej bertudung labuh walaupun berada di negara Barat.

Masa lapang digunakan untuk mengajar dan sama-sama bertadarus al-Quran bersama teman-teman di sekitar Nottingham, UK.
Majlis sering dihadiri oleh para pelajar Malaysia, Brunei dan Indonesia yang bacaan mereka disemak oleh Fatimah yang sudah menghafaz lebih kurang 17 juzu’ al-Quran

**********

Pernah menjadi impian penulis untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Namun, penulis akur dengan segala kekurangan yang ada pada diri ini menyebabkan penulis hanya berpeluang melanjutkan pelajaran di Tanah Suci UIA yang tercinta ni. Alhamdulillah ~

Ramai juga sahabat2 penulis yang kini melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ada yang ke Canada, Jepun, United Kingdom, Ireland, Australia, Mesir dan lain2. Ade la terasa cemburu sikit dengan peluang yang mereka perolehi. Namun, harus diingatkan, selangkah kita bertapak di negara orang, lagi banyak dugaan dan halangan yang kita akan hadapi dalam mempertahankan akidah dan agama kita. Budaya yang mereka amalkan terutama dari negara2 barat jelas2 bertentangan dengan syariat Islam. Di situ peranan kita untuk memilih sahabat2 amat penting untuk memastikan biah kita sentiasa terpeliahara.

Sekian perkongsian untuk kali ini. Moga memberi pengajaran dan semangat untuk sahabat2 terus menuntut hingga ke menara gading. Berjuanglah menuntut ilmu sementara berpeluang. Kerana ia juga merupakan satu Jihad. 

Wallahualam.

Comments