New Task > MASUM 2012


Assalamualaikum.

Alhamdulillah kerana masih diberi peluang dan ruang untuk menulis sesuatu di pagi Jumaat ni. By the way, Selamat Hari Jumaat. Hari cuti Jumaat terakhir untuk warga UIAM yang mengambil shortsem.

Coretan kali ini bukan mengenai pelajaran tapi mengenai bidang yang aku sedang ceburi yakni Pencak Silat atau spesifiknya Silat Seni. Kalau dulu aku sebagai atlit sekolah berlatih untuk mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi. Habes jer sekolah teruskan perjuangan sebagai atlit negeri Selangor untuk Kejohanan berprestij SUKMA. Selesai jer SUKMA, segala ilmu2 mengenai kejurulatihan dan silat seni ku taburkan dan kongsikan bersama adik2ku di gelanggang sehingga mereka berjaya untuk mempertahankan kejuaraan mereka setelah bergelar Juara Kebangsaan.

Namun sekarang tugasku makin berat. Atas faktor tertentu aku tak dapat melibatkan diri dalam Kejohanan Silat berprestij peringkat Universiti, yakni MASUM tahun ini. Tapi aku telah diberikan tugasan untuk mempersiapkan atlit Regu/Jurus Wajib Puteri untuk IIUM Silat Team. Mengajar tak semudah belajar. Lagi sukar kita untuk mengajar atlit yang langsung takde basic silat. Dengan tapak dan lenggok badan yang berterabur. Kalau sebelum ni pengalaman mengajar budak sekolah menengah, sekarang telah diberi tugasan untuk mengajar kelompok mahasiswi. Sangat2 menguji kesabaran.

Silat Seni : Regu / Jurus Wajib
memperagakan sebanyak 100 gerakan dalam masa 3 minit
penekanan diberikan kepada kebenaran gerak, keseragaman dan kemantapan

Penulisan kali ini bukan niat untuk merungut atau mengeluh. Namun hanya sekadar berkongsi perasaan dan rasa hati ini bila selalu diamanahkan untuk mempersiapkan atlit terutama untuk kategori Regu. Tapi hati ini sentiasa bersyukur, kerana telah diberi kepercayaan oleh coach sendiri. Pada masa yang sama ia mengajar aku untuk mengajar. Dan aku percaya dan pernah merasai team yang kita ajar bila mereka berjaya merangkul EMAS dalam apa2 kejohanan, hati kecil kita akan rasa seronok dan gembira kerana kejayaan mereka merupakan hasil dari penat lelah dan usaha kita walaupun ianya hanyalah sedikit.

klik gambar untuk terus ke blog rasmi kelab..

Untuk IIUM Silat Team, ketidak hadiran aku untuk latihan selama ini bukan tindakan yang disengajakan. Ikut hati memang diri ini sangat2 nak turun tapi atas faktor tertentu terpaksa membatalkan niat tersebut. Rasa seronok dan gembira bila akhirnya berpeluang untuk berlatih bersama2 kalian untuk mencipta nama diperingkat universiti pulak.

Akhir kata, kepada IIUM Silat Team teruskan menghabiskan sisa2 latihan selama 21 hari ini dengan semaksimum mungkin menjelang ketibaan Sukan MASUM yang bakal diadakan di UTHM Batu Pahat, Johor pada pertengahan bulan depan. Insyallah. Ikhlaskan diri dalam latihan dan sentiasa memohon bantuan dan pertolongan dari-NYA.

Wallahualam.

Comments