3 weeks OFF!
Assalamualaikum.
Alhamdulillah kerana diberi peluang dan ruang untuk menulis sesuatu di pagi Selasa, hari kedua bermulanya sesi semester pendek bagi penuntut2 UIAM. Semester pendek yang memakan masa selama 2 bulan hanya untuk sesi kuliah atau secara spesifiknya 8 minggu. Namun atas faktor tertentu 3 minggu sesi kuliahku terpaksa di 'burn' begitu saja.
Komitmen yang bertali arus. Dengan penyertaanku dalam 2 kejohanan besar yang diadakan secara berturut-turut selama hampir 3 minggu di lokasi yang berbeza. Dan untuk pertama kalinya penyertaanku BUKAN atas tiket ATLIT, tetapi sebagai Assistant Coach Silat Seni Team.
4hb-17hb Julai 2012
Sukan Malaysia (SUKMA) ke-XV
IKBN Lanchang Pahang
Team : SELANGOR
11hb-19hb Julai 2012
Sukan Universiti Malaysia (MASUM)
UTHM Batu Pahat Johor
Team : UIAM
Kepala otakku masih terngiang2 berfikir keadaan yang bakalku tempuhi selama mana ketidak hadiranku selama 3 minggu untuk sesi kuliah nanti. Secara tepatnya 9 kelas. Tambahan pula, sesi semester pendek ini lazimnya kebanyakan pensyarah terkejar2 untuk menghabiskan silibus. Walaupun surat pelepasan telahpun dikeluarkan, tapi diri ini seringkali tertanya "Mampukah aku untuk cover balik semua pelajaran selama 9 kelas yang bakal aku skip itu nanti?"
Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan kepadaku untuk menempuhi detik ini. Amiin.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment