Title JUARA KEBANGSAAN telah kembali!

Assalamualaikum.

TAHNIAH DAN SYABAS!!
TEAM SELANGOR 2012


JUARA KESELURUHAN

PERTANDINGAN SILAT SENI
SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

Bertempat di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis.
Pada 11-15 Jun 2012.

Jumlah pungutan pingat :

5 EMAS | 3 PERAK | 3 GANGSA | 1 TEMPAT KE-4

Kategori Sekolah Rendah :-
Solo Putera - Gangsa
Solo Puteri - Gangsa
Tempur Putera - Perak
Tempur Puteri - Emas
Masal Puteri - Perak
Jurus Wajib Putera - Perak

Kategori Sekolah Menengah :-
Solo Putera - Gangsa
Solo Puteri - Tempat ke 4
Tempur Putera - Emas
Tempur Puteri - Emas
Masal Puteri - Emas
Jurus Wajib Putera - Emas

Team Selangor 2012

Buat anak2 didikku atau boleh aku kategorikan sebagai adik2ku dari SMKSP, Tahniah sekali lagi! Saya kira kalian telah berjaya menyahut cabaranku untuk membuktikan kalian mampu bergelar JUARA KEBANGSAAN. Walaupun untuk kategori Solo Puteri kecundang, namun belajarlah dari kesilapan dan kekurangan yang kita lakukan. Perbaiki dan pastikan untuk tahun dan kejohanan akan datang, kita bawa lagi ramai rakan2 segelanggang kita untuk turut serta mengharumkan nama negeri MERAH-KUNING ini. Insyallah.

My Champs

Alhamdulillah, kehadiranku ke bumi Indera Kayangan itu berbaloi. Dan secara tak langsung memberi laluan kepadaku untuk melepaskan stress dengan 'makan angin' di beberapa lokasi perlancongan di sana.


Setakat ini penulisan untuk kali ini. Setinggi2 tahniah kerana dapat mengembalikan dan menyambung kembali legasi SMKSP yakni JUARA KEBANGSAAN dalam kategori Jurus Wajib. Saya sentiasa nantikan detik sejarah yang bakal kalian lakarkan untuk menambahkan lagi bilangan pingat peringkat kebangsaan yang datang dari duta2 SMKSP.
Sekian untuk kali ini. Wallahualam.

Comments

  1. Assalammualikum... tumpang tanya... ada tak gelanggang PSSGM di Wangsa Maju atau Gombak...? Kalau boleh gelanggang awam... TQ

    ReplyDelete

Post a Comment