Saturday, 19 June 2010

Rest Time !!!

Assalamualaikum.
(..Fuh~..satu MISI dah selesai..yang seterusnya sentiasa menanti..)

Alhamdulillah.
Berakhir sudah kesibukan aku selama ini yang mana aku rase banyak memberi kesan kepada keluargaku, rakan-rakanku, dan yang paling penting diriku sendiri. Bersua kite kembali setelah hampir lebih 3 bulan aku tak mengupdate blog. Mungkin ramai yang tertanya kalau sebelum ni aku selalu berblogging tapi tetibe jer biar bersawang hampir berbulan-bulan.

..Pembukaan Sukma Melaka 2010 di Stadium Hang Jebat..

Kini karier aku sebagai atlet silat negeri Selangor terhenti seketika setelah secara rasminye pertandingan pencak silat sukma XIII 2010 ditutup rasmi oleh YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka merangkap Presiden Pesaka Malaysia pada 15 Jun yang lalu.

Mungkin ramai jugak sahabat-sahabat diluar sane yang tertanya-tanya sama ada aku menang ke kalah. Jawapan nyer simple jer iaitu 'tak menang'. Tapi aku tak kesah sebab aku rase aku dah berjaya perform yang terbaik mase tu. Mungkin rezeki takde. Kalah menang adat pertandingan.

Tapi ape yang aku nak tekankan kat sini ialah segala kenangan pahit dan manis sepanjang bergelar atlet sejak mule-mule dipanggil masuk kem latihan pusat sehingga selesai pertandingan sukma yang aku rase terlalu banyak tapi masih tersimpan erat didalam ingatan aku sentiasa.

..bergambar beramai-ramai utk kali terakhir di MiTC Melaka..

Mungkin sampai disini saje untuk penulisan kali ni. Sekadar langkah pertama untuk memulakan kembali hobi yang sudah lame aku tinggalkan. Nantikan post mengenai Sukma Melaka 2010 dari aku.
Wallahu'alam.

p/s: Adoyai~ dah lame gile tak menulis. Macam pelik jer ayat-ayat yang aku gune. Huhu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...