Happy Birthday Ayah !!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,

Terubat jugak hatiku nak menaip sesuatu dalam laman 'Rintihan Qalbi' ni. Kenapa yer sejak dua menjak ni aku rase macam takde mood langsung nak berblogging. Tengok blog sahabat-sahabiah semua lantang menulis. Tapi aku rasa macam dah malas nak tulis dan mungkin banyak faktor yang mempengaruhi. Huhu.

Setakat ni antara faktornya ialah keadaan aku sekarang yang aku rasa dah full time bersilat. Mana taknya, memang dah takde pape nak buat kat rumah ni. Takkan nak terperap jer kat rumah kan. So, aku pun ambek lah inisiatif turun gelanggang-gelanggang silat yang dah biasa aku turun sebelum ni untuk menimba ilmu-ilmu gayong dari orang-orang lama. Huhu. Antara gelanggang Pssgm yg aku turun sementara menunggu lagi 2 minggu untuk masuk belajar balek ialah :

1) Gelanggang Tok Jenai , Padang Balang
Gurulatih : Cikgu Abdul Rais Abdul Rahman
Hari : Isnin dan Rabu (9.30pm - 1130pm)

2) Gelanggang Matrik Uia Petaling Jaya
Gurulatih : Cikgu Selamat Haji Mat Raji
Hari : Selasa dan Rabu (930pm - 1130pm)

3) Gelanggang Bandar Mahkota Cheras (BMC)
Gurulatih : Cikgu Jasmi Haji Baba
Hari : Jumaat (900pm-1100pm)

4) Gelanggang Al-Khasyi'in Desa Petaling
Gurulatih : Cikgu Ariffuddin Mohamad
Hari : Sabtu (930pm - 1130pm)

5) Gelanggang Putrajaya Presint 16 (Court berhadapan Blok A3)
Gurulatih : Cikgu Ariffuddin Mohamad
Hari : Isnin dan Selasa (930pm - 11.30pm)
*Gelanggang ni baru jer dibuka dan latihan pertamanya baru dijalankan pada 30 November 2010 yang lalu. Kepada sesiapa yang berminat untuk turut serta terutama anak gayong sendiri sangat-sangat dijemput hadir memeriahkan lagi suasana.

Memang banyak gelanggang. Tapi memang niat aku turun semua gelanggang silat tadi tu nak berguru dan menuntut ilmu. Moga semua ilmu yang aku dalami dan tuntut diberkati oleh-Nya.

Hoho. Senang cerita memang kerja aku bersilat jer la sepanjang cuti aku ni. Haha. Tapi aku ade lagi 2 minggu jer lagi sebelum sambung belajar masuk sem 2 kat Uia Gombak. Huhu. Malas pulak rasa nak pulun otak aku belajar balek. Tapi itulah hakikat yang perlu diterima oleh seorang mahasiswa. Hmm.

By the way, sebelum aku berhenti berceloteh untuk kali ni.

Aku nak ucapkan

Selamat Hari Lahir

buat Ayahandaku yang tersayang,

En. Aliasaa Abdul Ghani
yang sudah meningkat ke usia *5 tahun.
Inilah hadiah dari anakmu Nazrul Arif, Nurul Ainaa dan Nazrul Azam.

..tak sempat nak tulis pape atas kek ni sebab taukeh kedai yg handle bahagian 'tulis2 atas kek' tu dah balek..adoyai..pastu taukeh kedai lagi satu bahagian jaga cashier tu pulak nak jual cam nak tak nak jer..naseb baek aku pikir urgent jer nak beli kek ni..kalau tak, tak dapat la kedai ko untung RM*0 hinggit..pape pun naseb baek kek ni sodap..yumm..

..kata ayah, "kali pertama celebrate birthday dibelikan kek selepas bergelar ayah"..syahdu betol..huhu..

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki hendakNya.
Ok lah setakat ni jer dulu untuk kali ni. Wallahualam.

Comments

  1. As salam saudara.blh tak saudara email saya no tel guru silat yang boleh dihububgi di gelanggang tok jenai padang balang.saya berminat untuk belajar silat gayong.email saya fiquar2000@yahoo.com..terima kasih

    ReplyDelete

Post a Comment