Makan di Pizza Hut

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, kerana masih diberi peluang untuk hidup.

Semalam, salah seorang sahabatku merangkap ex-classmate aku masa form 5 dulu, Mujahid b. Mansor yang sekarang ni merupakan penuntut di Kolej Massey Palmerston North di New Zealand telah kembali ke Malaysia bercuti selama lebih kurang 3 bulan. So, sekembalinya beliau di tanah tumpah airnya ini telah mengajak beberapa orang sahabat-sahabiah ex-classmate dulu untuk makan-makan bersama di luar. Lokasi yang telah dipersetujui ialah Pizza Hut (belakang Carefour).

Antara yang turut hadir bersama ialah Saudara Nadzrin (Mahasiswa Universiti of Nothingham), Saudari Izzati (Mahasiswi Uni. Sains Islam M'sia), Saudari Afiqah dan Atif (Mahasiswi Uni. Islam Antarabangsa M'sia).

Bermacam topik perbincangan diketengahkan diiringi dengan gelak ketawa yang tiada penghujungnya. Maklumlah, sekian lama tak bersua dengan masing-masing busy dengan kehidupan belajar mereka. Namun, ia sedikit pun tidak memusnahkan atau meleraikan ukhuwah yang sudah lama terikat erat dari bangku sekolah lagi. Ukhuwah fillah abadan abada.

Alhamdulillah, setelah selesai menjamu juadah pizza di atas meja dan sesi 'sharing moment', kami pun beransur pulang ke rumah masing-masing tepat jam 600 ptg.


..aku..nadzrin..mujahid..


..izzati..afiqah..atif..


..da habes makan baru sedar tak tangkap gambar makanan ag..so, mangkuknya pun jadilah..haha..

Sekian untuk kali ini. Wallhualam.

p/s : thanks kepada sape yang belanja la ek..hehe..:P

Comments