Birthday Raja

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,
berpeluang jugak jari-jemari aku nak menari sikit kat atas keyboard laptop kesayangan aku ni. Huhu.

Status sekarang (Mula Menulis) : 3.38 am-Baru balek dari latihan silat glgg Uia PJ


..ber'gayong' lagi!!..hehe..

Hoho. Macam biasa takde keje tengah-tengah pagi buta, orang semua tengah sedap tido, aku sorang jer la yang maleh nak tido. Padahal rasa ngantok tu memang ade, tapi terasa macam belom sampai masa nak terlelap lagi. Huhu. So, aku pun ambek peluang nak berceloteh sikit kat laman 'Rintihan Qalbi' ni. Harap-harap ada lah yang melayan yer. Hehe.

Sebelum aku terlupa, di kesempatan ni aku nak mengucapkan

Selamat Hari Lahir
buat sahabatku
Raja Zhafri Iskandar bin Raja Rusli

Mahasiswa
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah
Status : Telah Berpunya :P

yang dah meningkat ke usia genap 20 tahun menjejakkan kaki di atas muka bumi ni.
Dah tua rupe nya ko ni yer. Sedar-sedar lah sikit, pegi bawak bertobat, dah tak lama dah tu. Opps. Jangan salah paham, maksud aku dah tak lama dah tu nak mendirikan 'masjid'. Hehe.

Perancangan yang tak dirancang, senang cerite spontan jer la. Habes training silat tadi, tengah-tengah rileks sembang-sembang kat tepi gelanggang, ade pulak orang tarik tangan aku ke tepi, pastu tunjukkan satu baldi yang terisi air sabun. Then, tetibe ade orang bisik kat aku "aku tarik Raja sikit ke depan, pastu ko terus simbah air sabun ni kat Raja". Tapi sebab masa tu aku pun tengah blur tetibe jer di suruh simbah baldi berisi air sabun tu kat si Raja ni. Aku pun terus jer simbah dari belakang. Habes semua barang-barang yang ada kat sekeliling Raja basah termasuk bengkong dan tengkolok kepunyaaan Raja Hazwan. Sorry ek. Tak sengaja. Hehe. Sedar-sedar beg aku pun ade terkena tempias air simbahan tadi. Haha. Macam-macam betol gelagat anak-anak gayong Uia PJ ni. Tapi memang seronok.

Woha! ok lah setakat ni jer dulu. Saje-saje tengah takde keje. Padahal esok pagi aku kene hantar adek aku pegi daftar masuk Uia Gombak. Haha. Wallahualam.

Empunya Laman,

Nazrul Azam Aliasaa
Panglima Pelangi Merah 2 (hehe..:P)
Masa Tamat Menulis: 4.10 am

Comments