Sibuk jer keje

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, berkesempatan juga aku nak menaipkan sesuatu hari ini. Fuh~ memang minggu yang agak menyibukkan. Baru masuk minggu ke tiga dah terasa berat nak bawak. Berikut adalah tugasan aku minggu ini.

Isnin (27/12) - Quiz Calculus
Selasa (28/12) - Submit Lab Report dan Pre Lab
Rabu (29/12) - Class full (800am-1000pm) : Sesi Malam ada Halaqah.
Khamis (30/12) - Quiz Dynamics (tapi lecturer tak datang, so kena tunda minggu depan)
Jumaat (31/12) - Diisytiharkan Cuti !! bersempena dengan kemenangan Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki semalam.

Minggu ini jugak merupakan minggu pertama program halaqah (Study Circle) dijalankan. Tapi malangnya masanya dah clash dengan game bola sepak final Piala AFF Suzuki (Malaysia - Indonesia).

Aku ingat lagi semalam, sedang-sedang aku nak menuju ke moto untuk bergerak ke masjid bagi menghadiri halaqah, aku terlihat sahabatku sedang riuh mengajak rakannya keluar ke suatu tempat. Selepas itu, aku pun menegurnya,

Aku : Weh!! halaqah takde ke malam ni???
Beliau : halaqah mana ade malam ni. Cancel laa!!!
Aku : ehh..betul ke halaqah takde malam ni. Takkan tak mule lagi kot. Dah masuk minggu ke tiga kita mule sem baru..
Beliau : haha..ko tak pergi tengok bola ke?? Malaysia lawan kot!! 'kitorang' cancelkan halaqah malam ni. Haha. Jom lah join tengok bola kat kedai A*e (luar kawasan Uia Gombak)

*halaqah : program berbentuk usrah yang menyumbang 0.5 credit hour kepada CGPA pelajar Uia dan merupakan subjek yang wajib diambil bagi first year student.

Haha. begitulah senario penyokong-penyokong bola sepak tanah air kita. Tapi kalau kita fikirkan balik, perlukah kita berpendirian seperti itu?? fikir-fikirkan..

Tapi apa pun dikesempatan ini aku nak mengucapkan tahniah kepada squad bola sepak kebangsaan kerana telah berjaya mengharumkan nama negara di mata dunia. Insyallah, semoga kejayaan kali ini mampu memberi batu lonjakan untuk kejayaan-kejayaan yang akan datang.

Dah dah. Cukup bercakap pasal bola sepak. Sekarang ini berbalik pasal perihal diri aku yang tak habes-habes membusykan diri. Bukan aku nak busy pun, tapi sebab dah terpaksa. Macam manalah agaknya senior aku yang pernah ambek degree 2 tahun jer. Confirm belajar jer keje die. Tapi tak kesahlah sangat sebab die dah memang dianugerahkan otak yang pandai. Graduate pun 3.8 ke atas. Hoho. Giler betol.

Minggu depan pulak dah macam-macam menanti aku. Antaranya :

Isnin : Quiz Calculus + Submit tajuk buku dan description untuk presentation Ungs.
Selasa : Quiz Dynamics + Submit Pre and Lab Report.
Rabu : Kelas full day. (Macam biasa)
Khamis : Quiz Dynamics + Quiz Electronics.
Jumaat : I'm free again!!

Arrghhh!! giler ar. Malas betol aku nak tempuhi bende alah ni. Tapi nak wat camne. Redha jer la. Harap-harap aku dapat jawab semua quiz dengan baik. Amiin. Sekian.

Comments