Pelancaran Proton 5 Bersaudara

Assalamualaikum.

Disebabkan terlalu bosan duduk terperap jer dalam rumah, aku pun amek keputusan nak menjenguk dunia luar bersama adek aku. Destinasi yang telah dipersetujui ialah Uptown Danau Kota. Haha.

Nak pergi bukan saja-saja, tapi memang ada hajat nak beli something antaranya Selipar dan T-shirt. Adek aku pulak memang rancang nak beli T-shirt sebab die kata T-shirt yang jual kat Uptown ni memang lawa-lawa belaka. Huhu. Sampai jer kat Uptown, tengok-tengok sikit jer khemah/kedai yang bukak. Memang unexpected sebab aku expect banyak kedai yang jual benda-benda best bukak. Nak kata orang balik kampung, takde pulak perayaan pape hujung-hujung tahun ni. Huhu. Last-last aku dan adek aku balik rumah sehelai sepinggang jer tak beli pape. Cuma perut jer terisi. Hehe. Sebab sebelum bertolak pulang, kitorang pergi lepak makan-makan kat Restoran A Malik.

Tapi memang terasa membosankan kalau takde pape aktiviti. Naseb baek esok kalau ikut schedule aku, pagi esok mak bapak aku rancang nak pergi bukak akaun Tabung Haji untuk kitorang 3 beradek. Alhamdulillah sebab dah ada slot yang terisi untuk sesi pagi esok. Camne pulak petang esok? Haha. Aku memang tak leh duduk diam kan. Maklumlah, bak kata mak aku, aku ni memang dah terbiasa beraktiviti memanjang sampai tahap balik rumah sebab nak tidur jer. Teruk jugak kan. Hehe.

Huhu. Pastu, aku pulak kalau duduk rumah jer memang aktiviti aku meng'online' jer keje. Tengah-tengah aku layan fb dan blogwalking, aku terbaca post pasal 'Pelancaran Proton Pahlawan Series'. Hoho. Memang boleh tahan. Cuma sebab ketara ciplak design kereta-kereta buatan luar negara jer yang slack nyer. Tapi nak wat camne, dah memang Jurutera Malaysia masih tak cukup kreatif untuk cipta satu design kereta sendiri. Pape pun masih menarik perhatian ramai jugak.

Proton TUAH


Proton JEBAT


Proton KASTURI


Proton LEKIR


Proton LEKIU



Woha! Memang boleh tahan, lagi-lagi Proton Lekir yang nampak 'sporty' habes. Huhu. Bile lah rasenya aku boleh beli kereta-kereta camni ek. Takpe-takpe, rilek suda. Ada rezeki sampai lah masanya. Huhu.

Sekadar mengisi masa-masa terluang yang sepatutnya aku isikan dengan tidur. Haha. Aku beransur dulu. Kelopak mata terasa berat, katil pula dah lama memanggil. Sekian untuk kali ni. Wallahualam.

Comments

  1. Nampak hebat model-model proton kali ini. Diharap masalah2 yang ada sebelum ini tidak akan wujud lagi...

    ReplyDelete

Post a Comment