Cholera

Assalamualaikum.

Insyallah hari ini aku nak membincangkan sikit mengenai satu jenis penyakit. Penyakit yang menyebabkan orang prefer terperap dalam rumah jer berbanding keluar berjalan-jalan. Percayalah. Hehe.

Penyakit : Cholera / Berak cair seperti air beras

Definisi : Cholera adalah infeksi serius yang menyerang usus. Penularannya melalui air atau makanan yang terkontaminasi oleh kotoran penderita.

Punca : Bakteri Vibrio Cholerae. Lalat, kecoa dan tikus dapat juga menularkan dengan membawa bakteri dari kotoran yang terinfeksi ke makanan.

Simptom :-
-Diare hebat seperti air cucian beras dan berbau amis, banyak lendir dan sedikit/tidak ada ampasnya
-Muntah
-Kejang perut
-Dehidrasi (merasa haus, bibir/lidah kering, sedikit/tidak keluar air seni.

Rawatan :-
-Minum oralit sebanyak cairan diare yang keluar
-Bila dicurigai ada cholera atau tanda-tanda dehidrasi segera dibawa ke RS terdekat

Pencegahan :-
-Minum air yang sudah dimasak sampai mendidih
-Makan makanan yang baru dimasak
-Makan buah-buahan yang baru dikupas
-Lindungi makanan dari lalat/kecoa/tikus
-Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sesudah dari kamar mandi atau menyiapkan hidangan
-Hindari tempat makanan yang kurang bersih
-Jangan menyuburkan tanah dengan pupuk kotoran manusia.


..Pencegahan Lebih Baek dari Merawat..

Woha! mesti pelikkan kenape tetibe jer aku cakap pasal penyakit ni kan. Hmm.
Sebenarnya sekarang ni aku mengalami simptom-simptom penyakit ni. Memang terasa tak sedap badan. Pastu asyik ulang-alik ke toilet jer. Sebab tu lah lebih baek duk rumah jer. Kalau keluar jalan-jalan for sure terhegeh-hegeh cari toilet awam. Hoho.

Actually aku start terasa tak sedap perut dari semalam dah. Lepas makan kat wedding Bandar Mahkota Cheras. Giler ar. Balek tu siries aku memang terasa nak muntah. Tapi sebab mungkin masa tu aku pikir dah makan banyak sangat plus minum berapa cawan ntah. Huhu. So, aku takde lah pikir macam-macam. Kira redha jer lah masa tu. Tengok-tengok terbawak sampai sekarang. Bangun pagi-pagi jer dah terasa nak muntah dengan perut meragamnya. Aduss.


'Bakteri Vibrio Cholerae'..kurang asam ko ada kat dalam badan ak..hehe..

"Ya Allah!! Engkau kurniakanlah kesihatan tubuh badan yang baik buat diriku. Amiin~"

Aduss. Ok lah setakat ni jer dulu. Perut dah meragam, tandas dah memanggil (X_X). Sekian. Wallahualam.

Comments