Demo Silat Perkahwinan di Perak

Assalamualaikum.
(..first tyme buat persembahan silat majlis perkahwinan luar dari Selangor..Haha..)

Alhamdulillah, macam biasa permulaan entri setiap post, aku takkan lupa untuk mengucapkan syukur ke hadrat ilahi atas pengurniaan nikmat yang tak terkira banyaknya ke atas diriku.

Pada Sabtu yang lalu (a.k.a. semalam :P), aku bersama 3 orang sahabatku iaitu Raja, Ibnu dan Saiful telah menerima satu jemputan persembahan silat untuk majlis perkahwinan kakak kepada salah seorang rakan Ibnu di Kampung Sungai Durian, Teluk Intan. Disebabkan lokasinya jauh, kami mengambil keputusan untuk bertolak ke sana sehari awal iaitu pada Jumaat malam. Sampai di sana jam 400 pagi dan terus bermalam di rumah pengantin. Hehe.

Fuh~ jemputan untuk kali ini merupakan jemputan yang agak lain dari yang lain dimana kami diminta oleh pihak tuan rumah untuk mempersembahkan sebanyak tiga sesi.

Sesi pertama dipersembahkan pada waktu pagi. Ketika itu pengantin masih belum sampai. Kiranya seolah-olah menyambut tetamu undangan yang hadir awal ke majlis tersebut. Untuk persembahan pagi itu, persembahan solo pembukaan dan penutup oleh saudara Ibnu dan permainan senjata seni keris oleh gandingan Saudara Raja dan Aku.








..woah..masa ni baru jer habes persembahan sesi pertama..kami terus bergerak menuju ke kereta untuk menunggu persembahan sesi seterusnya..huhu..masa ni lah hujan mula lebat..

Sesi kedua pula merupakan klimaksnya dimana ia dipersembahkan ketika kehadiran kedua mempelai ke majlis tersebut. Pada ketika itu juga, ada diselit bersama persembahan dari silat kampung tersebut. Nama silat tersebut masih tak dapat dikenal pasti. Apa yang mereka cakap sewaktu ditanya ialah silat tersebut ialah silat bunga sembah pengantin. Persembahan kali ini pula terdiri daripada persembahan solo oleh saudara Raja diikuti dengan gandingan mantop permainan pentas oleh saudara Ibnu dan Aku.

Dan untuk pertama kalinya dalam sejarah aku membuat persembahan di beberapa majlis perkahwinan sebelum-sebelum ini, persembahan silat kali ini dijalankan ketika hujan. Oleh sebab itu, perancangan kami untuk memakai songket ketika membuat persembahan tak tercapai dan menggantikannya dengan hanya memakai bengkong merah.


..pengantin terpaksa tunda sikit masa untuk perarakan masuk ke majlis tu sebab hujan terlalu lebat masa ni..Yang kami ni pulak tunggulah kat dalam khemah sebelah tempat persembahan tu..huhu..







Manakala sesi ketiga pula agak kelam-kabut sikit. Perancangan awal dimana kami sepatutnya mempersembahkan permainan bunga sembah solo dan sikit pergerakan silat disusuli dengan kombat tak menjadi. Namun kata putus telah dibuat secara spontan dengan kami hanya mempersembahkan bunga tanjung satu set sebagai bunga sembah penutup sebelum kami mengakhiri set persembahan sepanjang majlis tersebut.



Nak kata penat tu memanglah penat. Tapi apa yang aku dapat lihat ketika majlis tersebut berlangsung, layanan yang diberikan oleh pihak tuan rumah memang mesra gila. Maklumlah, aku rasa mungkin first time kot mereka mengundang persembahan silat dari luar (KL). Tapi ada jugak part-part yang tak boleh bla. Ada ke patut masa kami persembahkan silat tu, DJ yang bertugas boleh pulak kata yang kami ni wakil malaysia pergi sukan SEA then siap cakap yang kami baru balik dari Jakarta main game apa entah. Bapak la. Segan siot. Kalau betul tak kesah la sangat. Hoho.


..baru mula menjamu juadah selepas bersiap tukar baju silat persembahan yang kotor dengan pasir basah..hoho..


..mesra jugak penduduk kat kawasan tu..siap ajak kami makan kat tempat pengantin..tapi lepas pengantin dah beransur la..huhu..


..woha..banyak giler medal kat rumah ni..kalah Raja..hehe..


..pasangan kedua mempelai..semoga bahagia hingga ke anak cucu..


..bergambar bersama pengantin sebelum beransur pulang..

Tapi apa pun, semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Cuma adat persembahan la, tak semua yang dirancang itu menjadi. Untuk persembahan seterusnya pula insyallah kami dijemput untuk membuat persembahan silat pada 23hb Januari 2011. Insyallah. Doakan segalanya berjalan lancar. Wallahualam.

p/s : japx3..hampir terlupa pulak. Terima kasih diucapkan kepada kameraman yang diundang khas iaitu saudara Saifuddin kerana berjaya menjalankan amanah yang diberikan dengan baik secara tak langsung telah dinaikkan pangkat menjadi pengurus team demo kami pada majlis tersebut. Hekhek..


..tengah khusyuk mengira butiran nasi yang tinggal dalam pinggan..hehe..kidding!

Sekian.

Comments