Pemergian Dean Admission & Records Uia Gombak

Assalamualaikum.

Pada hari Jumaat yang lalu bersamaan 24hb Disember 2010, warga Universiti Islam Antarabangsa telah dikejutkan dengan pemergian salah seorang insan bernama Assoc. Prof. Dr. Ahmad Marzuki Haji Zainuddin yang merupakan Dean of Admission and Records Department.


Mengikut apa yang telah dikhabarkan oleh beberapa orang pensyarah universiti berkenaan, pemergian beliau merupakan sesuatu yang mengejutkan kerana pada ketika itu beliau baru sahaja selesai menghadiri satu meeting dan sedang beliau bersembang-sembang selepas selesai meeting tersebut, tiba-tiba beliau tumbang tanpa sebarang tanda-tanda sakit. Menurut doktor yang merawat beliau, doktor tersebut dapati tidak ada sebarang simptom atau kesan-kesan yang menunjukkan beliau sakit atau menghadapi apa-apa penyakit yang kronik. Amat mengejutkan. Woha!

Kalau kita sama-sama renung kembali situasi seperti itu, bayangkan jika 'beliau' adalah seorang insan yang paling kita sayang. Contohnya emak kita, ayah kita, awek kita atau anak kita mungkin satu hari nanti? Apakah kondisi perasaan kita sekarang agaknya. Kita tidak tahu bila ajal kita tiba. Mungkin lagi 10 minit? Mungkin lagi sejam? Mungkin esok? Munkin minggu depan? Mungkin bila-bila?

Tapi kalau kita tengok sepintas lalu situasi kematian almarhum Assoc. Prof. Dr. Ahmad Marzuki Haji Zainuddin, kita dapat lihat pada jam lebih kurang 1130 pagi sewaktu beliau menghadiri meeting tersebut, beliau masih kelihatan sihat dan masih bernafas seperti biasa. Tapi cuba kita lihat setelah 5 jam berlalu. Beliau pada ketika itu sudah pun dikafankan dan berada di dalam liang lahad. Sesuatu yang menggerunkan dan menakutkan bukan? Maka, benarlah mengingati mati dapat membuatkan kita insaf lantas kembali mengadap ilahi memohon redha dari-Nya.

Marilah kita sama sedekahkan al-Fatihah kepada beliau semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama golongan para syuhada' dan orang yang beramal soleh. Al-Fatihah!

Comments