Jogging di Pagi Jumaat !!


Assalamualaikum.

Alhamdulillah.
Syukur ke hadrat ilahi kerana telah memberiku peluang untuk menghirup udara pinjaman-Nya.
Di keheningan pagi dengan udara yang segar-bugar, berjaya juga aku melakukan proses anaerobic respiration yakni berjogging. Haha. Untuk kali pertama menjelang semester baru ini, aku telahpun berjaya melawan nafsuku untuk bangkit diwaktu pagi bersiap-siap untuk berjogging keseorangan. Hoho.

Aku telah menghabiskan lebih kurang 20 minit berjogging tanpa henti sebagai langkah permulaan untuk bergiat dalam meningkatkan kembali fitnessku yang sudah lama aku abaikan sejak selesai temasya SUKMA tempoh hari.

Tanpa kusedari, sudah hari ke lima permulaan sem baru ini. Terasa cepat benar masa berlalu.
Hari ini merupakan hari Jumaat yakni penghulu segala hari dalam seminggu.
Berikut adalah peristiwa-peristiwa yang berlaku pada Hari Jumaat :-

Dijadikan nabi Adam,
Turunnya ke bumi serta hari dimana wafatnya baginda.
Pada hari Jumaat juga akan terjadinya kiamat
Pernikahan antara Nabi Adam as dengan Siti Hawa
Pernikahan anatara Nabi Yusuf as dengan Zulaikha
Pernikahan antara Nabi Musa as dengan Shafrawa
Pernikahan Nabi Sulaiman as dengan Ratu Balqis
Pernikahan anatara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah
Pernikahan antara Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah
Pernikahan antara Sayyidina Ali as dengan Siti Fatimah

Berikut adalah satu hadis yang menyebut mengenai keistimewaan Hari Jumaat.

Daripada Abu Hurairah ra, bahawa RasuluLLah SAW telah bersabda (yang bererti) “Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya adalah hari Jumaat. Pada hari itulah Adam dicipta, pada waktu itu juga ia dimasukkan dalam syurga dan waktu itu juga dia dikeluarkan daripadanya. Hari kiamat tidak akan terjadi kecuali pada hari Jumaat.”
(Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa’i serta Tirmidzi yang mengesahkannya).

Cukup setakat ini dulu penulisan untuk kali ini. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Insyaallah. Amiin~

Wallahualam.

Comments