Pencak Silat Terbuka UPSI 2016
Assalamualaikum.
Game Open UPSI & International datang lagi! Dah lama sebenarnya aku sepikan diri dari dunia silat ni. Tapi bukan bermakna sumbangan aku terhenti di situ. Alhamdulillah, walau tak sepenuhnya, kurang lebih sekali dua dapat juga jenguk dan komen apa yang patut buat junior-junior team.
Anyway, CONGRATULATIONS!!! to all Silat Seni Team especially the medalists for both SELANGOR and IIUM Pencak Silat Team in Kejohanan Pencak Silat UPSI & Antarabangsa ke-7. Yang tewas, macam biasa cuba lagi. Ingat! InsyaAllah bila masa yang sesuai tiba, Allah akan letakkan kita di tempat yang sepatutnya kita berada. Bersangka baiklah pada Allah.
Silat Seni SELANGOR JR
1 Emas (Solo P)
1 Perak (Regu L)
2 Gangsa (Ganda L, Ganda P)
Silat Seni IIUM
2 Emas (Ganda L, Regu L)
1 Gangsa (Ganda P)
1 Tempat ke-4 (Regu P)
Tahniah semua! Rindu sebenarnya nak kembali membantu dan beraksi. Tapi apa kan daya kudrat tak seperti dulu. Dan komitmen semakin bertambah bila dah bermajikan. Harap memahami.
Dan sekadar pesanan buat adik-adik yang sudah mula menempa nama dalam arena silat peringkat negeri dan negara.
1. Bila dah berjaya, jangan lupa sujud syukur dan berterima kasih pada Allah SWT. Sebelum pertandingan bersungguh solat hajat dan bermaaf-maafan bagai, harap bila dah dikurniakan kejayaan kita tak lupa kepada Sang Pemberi Rezeki.
2. Bila dah berjaya, jangan lupa mak ayah, cikgu-cikgu, senior-senior, kawan-kawan dan sesiapa sahaja yang pernah hadir dan bantu kalian semasa kalian berlatih dahulu. Mereka bukan nak disanjungi mahupun dipuji tetapi mereka hanya inginkan usaha dan pengorbanan mereka meluangkan masa dan kerahan tenaga dihargai dan diingati. Sedikit terguris hati seorang 'guru' mampu menarik setiap berkat ilmu yang dicurahkan.
3. Bila dah berjaya, jangan lupa orang-orang yang kalian bersungguh telefon atau jumpa untuk memohon restu dan doa darinya. Kerana mereka mungkin sedang menanti keputusan dari mulut kalian. Bukan semesti Juara yang hendak didengari, tapi cukup sekadar menzahirkan kepuasan dalam persembahan dan yang paling penting, ucapan terima kasih.
4. Bila dah berjaya, jangan lupa ringankan tangan belanja orang-orang yang telah membantu kalian berjaya. Kalau tak mampu belanja makan, cukup sekadar belanja doa. Sebagai tanda terima kasih kalian terhadap pengorbanan mereka selama ini. Berkat seorang guru itu penting untuk kejayaan mendatang.
5. Bila dah berjaya, jangan mudah lupa diri. Dulu seorang yang peramah dan selalu mengharapkan kritikan untuk kemajuan. Bila dah berjaya, mula tinggi ego dan sukar terima kritikan orang. Harap dijauhkan. Pengalaman penulis, ade segelintir sahabat penulis yang seperti ini bila berjaya sampai ke puncak, tak lama lepas tu terus jatuh menjunam akibat perubahan sikap seperti ini.
6. Bila dah berjaya, jangan sesekali berada dalam keadaan selesa. Kejayaan kalian bukan bererti ianya berakhir di situ. Di saat kalian selesa dengan tahap kalian, ramai lagi yang berusaha untuk 'memotong' kalian. Ingat! Perjuangan tiada pengakhiran selagi kalian tak 'gantung baju'. Semakin tinggi kalian berada, semakin ramai seteru kalian. Konsistenkan latihan dan teruskan improve dalam setiap kejohanan yang disertai.
7. Bila dah berjaya, jangan sesekali berpuas hati dengan kejayaan kalian. Kerana mutu permainan semakin hari semakin bertambah. Keep updating the latest version of 'performance'. Serahkan tugas update itu kepada jurulatih. Apa tugas kalian? Tekun berlatih dan patuh pada arahan jurulatih.
8. Bila dah berjaya, ringan-ringankan mulut untuk bermesra dengan ramai orang. Semakin kita menghampiri puncak, semakin kita dikenali. Semakin ramai orang yang akan tegur kita dan ketika itu, beramah mesra lah dengan mereka. Kerana mungkin satu hari kalian berpeluang wakil Malaysia, mereka-mereka inilah yang akan mendoakan kejayaan kalian kelak.
9. Dan banyak lagi.
Pokok cerita, bila dah berjaya sedar diri. Bukan untuk men'down'kan mereka yang asyik berjaya. Tapi sebab sudah semakin kerap senario anak murid kurang ajar dan berpaling tadah dengan jurulatih sendiri bila dah berjaya. Penulis tak nak melihat kalian seperti mereka. Kalau boleh, biarlah kalian terus berjaya hingga ke puncak. Biar jersi yang terjahit sulaman bendera Malaysia di dada, kalian sarungi dengan penuh bangga satu hari nanti. Penulis doakan moga kalian semua berjaya capai ke tahap itu. Amin.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment