Impian hanya tinggal Angan-Angan

Assalamualaikum.


Terasa sedih sangat. Cita-cita dan impian nak mengembara ilmu di tanah United Kingdom tak kesampaian. Offer letter dah dapat tapi application MARA ditolak. Namun, perjuangan harus diteruskan. Aku redha. Mungkin Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untukku. Mungkin rezekiku di sini. Menyumbang sesuatu untuk tanah tumpah darahku, Malaysia. Terima kasih buat semua universiti2 yang menerima permohonanku. 

University of Sheffield 
University of Manchester
University of Leeds 
University of Sussex 
University of Glasgow
University of Brighton 
University of Loughborough

Maaf, ambo tak kesampaian nak ke sana (salah satu uni di atas). Mungkin rezeki lain tahun. Mohon shbt2 doakan ambo berjaya utk tahun depan pulak. Amin. Maka benarlah perancangan Allah SWT itulah yang terbaik. Walau sebanyak dan semampat mana perancangan kita namun masih tak mampu untuk menandingi-NYA. Kerana DIA lah yang menentukan segala-galanya. 


Sebahagian dari Conditional Offer Letter yang berjaya di terima.





Mungkin aku belum cukup bersedia untuk menempuhi cabaran di tanah seberang. Cabaran yang mana memerlukan aku untuk bersedia sepenuhnya dari semua sudut. InsyaAllah, tahun depan bakal mengorak langkah semula untuk terus memburu impian dan cita-cita mengembara ilmu di tanah british. Ya Allah, andai aku sudah bersedia untuk menempuhinya, Engkau makbulkanlah hajatku untuk mencapai impianku. Amin.

Wallahualam.

Comments