Perubahan

Assalamalaikum.

Alhamdulillah. Genap 7 bulan aku dah berstatus bekerja. Betullah orang kata, dulu masa zaman belajar tak sabar nak bekerja. Sebab dapat berpeluang merasai nikmat berbelanja dengan duit sendiri, belanja mak ayah sahabat kawan semua dengan duit titik peluh sendiri, dapat berbakti pada masyarakat melalui kepakaran yang terbentuk hasil dari ilmu yang dituntut masa zaman belajar, dapat beli kereta sendiri, beli rumah sendiri, dapat rancang untuk kahwin dengan majlis yang grand semua. Yes. Itulah apa yang aku impikan masa belajar dulu. Berkeinginan untuk berstatus 'Engineer' di atas bisnes kad kepunyaan sendiri dengan berkompenikan syarikat yang besar-besar dan mampu membawa karier ku ke arah yang lebih jauh. Namun, itu semuanya dulu. Masa belajar. Masa dan zaman yang padaku sangat best! Zaman yang bila kita buat kesilapan ada orang akan bantu dan bimbing kita untuk betulkan kesilapan kita supaya tak berulang lagi. Zaman yang mana kita dapat berseronok beraktivti bersama sahabat-sahabat seumur yang berlatar belakangkan negeri yang berbeza dan kerenah yang pelbagai. Ya Allah, sungguh aku rindui zaman tersebut. Tiap pagi hingga petangnya penuh dengan kelas bersama pensyarah yang hebat-hebat. Disebelah malamnya penuh dengan aktiviti sama ada latihan silat, meeting kelab/persatuan, talk/forum dan lain-lain. Di sebelah weekend nya pula penuh dengan aktiviti bersantai. Bila ada kuiz/asssignment/exam, sama-sama berhimpun dan study group.

Sekarang semuanya dah berubah. Sahabat yang dahulunya selalu bersama, menghabiskan masa susah dan senang bersama sekarang masing-masing sudah berpecah ikut haluan hidup masing-masing. Ade yang masih kekal dengan matlamat mereka untuk bergelar engineer. Ade yang berpindah bidang untuk ke bisnes. Ade yang meneruskan bisnes kereta sewa yang mereka telah mulakan semasa di UIA dulu. Ada yang masih mencari pekerjaan yang terbaik untuk diri mereka. Ada juga yang dah terbang ke UK sambung pengajian master. Group whatsapp yang dahulunya meriah tika tiba hujung minggu atau musim cuti yag mana selalu timbulnya perancangan untuk ke sana sini menghabiskan masa bersama; mandi sungai, ice skating, tengok wayang, main bowling, etc kini sepi. Namun, itulah hakikat yang perlu aku terima. Aku harus terima perubahan zaman. Dulu aku berdampingi dengan sahabat seumur atau paling tak pun lebih atau kurang beberapa tahun, boleh bergelak ketawa bersama atau orang definisikan sbg 'masuk air'. Tapi sekarang, aku dikelilingi dengan sahabat-sahabat sekerja yang berumur lebih beberapa dekad dariku. Jelas mereka mempunyai pengalaman dalam bidang karier mahupun matang dalam ranjau hidup yang dilalui. Aku bersyukur sebab dipertemukan dengan mereka-mereka yang hebat ini. Dari zaman dulu sampai sekarang. Aku percaya, setiap yang aku kenali telah merubah aku dalam dan luar mahupun caraku berfikir  dan membuat keputusan. Terima kasih.


Alhamdulillah, sekurang-kurangnya target aku tercapai untuk tak menganggur setelah bergraduasi. Yang paling penting langsung tak meminta/mengharapkan duit dari mak ayah selepas bergraduasi. Yes. itulah yang aku rancang yakni tak menyusahkan mereka malah aku berjaya elokasikan beberapa portion dari gajiku sebagai duit poket mereka tiap bulan. Terima kasih mak. Terima kasih ayah. Thanks for always supported me through out my life as a student before. Really appreciate it dan azam sangat berharap dapat balas jasa mak ayah. Cuma setakat ni azam hanya mampu salurkan sikit duit dari gaji azam, luangkan masa minggu dengan mak ayah dan tak henti berdoa moga Allah jaga mak ayah seperti mana mak ayah jaga dan membesarkan azam dulu sampai sekarang. Harap Allah kurniakan kesihatan tubuh badan yang baik untuk mak ayah supaya terus beribadat kepada-NYA. Alhamdulillah, salah satu yang aku sangat bangga dengan mereka, hingga kini mereka tak henti rutin tahajud disebelah malam dan berduha di sebelah siang. InsyaAllah tengah berusaha nak ikut walau sangat sukar nak isitiqamah. Harap dapat doakan azam istiqamah. Dan doakan juga azam berjaya dalam karier dan hidup azam. Yang paling penting harap jodoh azam nanti sesuai dengan mak ayah. Amin.

Wallahu'alam.

Comments