Family Trip to Sabah

Assalamualaikum w.b.t.

Family gateway Le Tour De Sabah Borneo. Alhamdulillah. Perancangan demi perancangan sejak awal tahun yang mana sudah berbulan lama hanya sekadar cetusan idea untuk bercuti sekeluarga akhirnya terlaksana juga untuk tahun ini. Alhamdulillah. Sebenarnya idea jelajah Sabah ini datang dari ayahku yang teringin sangat untuk ke Sabah atau Sarawak. Al-maklum kali terakhir kami bercuti sekeluarga ialah pada tahun 1999 di Australia. Masa itu aku masih kecil dan abang sulungku SPM. Dan selepas pada itu semua anak-anaknya sibuk dengan komitmen masing-masing sehingga sekarang. Aku dan adikku pula sibuk dengan dunia atlit masa di bangku universiti.

Trip kali ini memakan masa selama 9 hari bermula dari 28hb Oktober hingga 6 November. Namun, aku pula hanya sempat bersama mereka dari 28hb hingga 1hb November saja disebabkan dari 3hb hingga 7hb November pula aku angkat berangkat ke Korea. Trip yang telah lama dirancang sejak awal tahun. Bayaran muka dah dibuat awal. Murah pun murah. Pasal trip korea akan dikongsikan di post seterusnya insyaAllah. Hampir terlupa, hajat utama kedatangan kami ke Sabah adalah untuk memenuhi undangan majlis walimah adik ipar kepada adikku, Asma' dan Nasrul yang telah diadakan di Kompleks Sukan Sandakan.

Bila satu family berhimpun. Mengalas perut sebelum menaiki flight di McD KLIA2.

My Red Book! Misi mengumpul seberapa banyak cop yang mampu dalam 5 tahun ini. Haha.

Macam biasa, dah sampai gate tapi kapal terbangnya belum tiba lagi. Flight delay about 30 miniutes.

Salah satu sumber kemeriahan trip kali ini dengan kehadiran anak buah kesayangan, Ikhlas. Excited gila die bile nak jejakkan kaki dalam flight.

Selamat mendarat di Sandakan Airport sekitar jam 8 malam. Alhamdulillah.

Ketibaan kami disambut oleh keluarga Nasrul yang menjemput kami ke rumahnya untuk sedikit jamuan makan. Seusai mentekedarah makan malam di sana, terus kami bergerak ke homestay yang terletak tak jauh dari lokasi majlis walimah tersebut. Homestay tersebut telah dibook awal oleh keluarga Maryam (Isteri adikku). Keesokan paginya lebih kurang jam 11.00 pagi kami bersiap-siap untuk ke majlis tersebut. 

Makan makan jugak. Pantang larang jangan dilupakan. Aku dan ayahku tak boleh makan daging gara-gara penyakit masing-masing. Hmm.

Bergambar bersama pengantin dan keluarganya.

Selesai saja makan dan sesi bergambar bersama pengantin, kami terus meminta izin untuk pulang dan bersiap-siap. Petang ini bakal bermula penjelajahan kami menusuri laluan berhutan menuju ke Semporna dengan melewati pekan Kinabatangan, Lahad Datu dan Kunak. Hampir terlupa, kami telah menyewa kereta Proton Saga sepanjang berada di sini. Ambil kereta di Sandakan dan pulangkan di Airport KK. Kosnya RM900+ dan ada dikenakan charge extra RM400 disebabkan jarak penghantaran yang agak jauh dari tempat asal. Sandakan-KK. Total untuk seminggu di sini sebanyak RM1300+ telah dilaburkan untuk memudahkan pergerakan kami. Selesai bersiap, terus kami mulakan siri penjelahan kami turun ke Selatan Sabah menuju ke Semporna. Kami hanya stop seketika di Lahad Datu untuk menunaikan Solat Jamak Qasar di Masjid Al-Ikhlas Kampung Sapayaga dan di pekan Kunak untuk mengalas perut makan malam di Medan Selera. 

Lebih kurang jam 8 malam kami selamat tiba di Semporna Sabah. Khidmat syeikh google telah digunakan untuk mencari hotel atau homestay yang berpatutan untuk bermalam. Pusing punya pusing masih tak temui dan banyak juga hotel yang sudah penuh. Dan last resort kami jumpa juga kelibat hotel yang agak berpatutan jika nak dibandingkan dengan yang lain. Hotel City Inn Semporna. RM120 kos semalaman untuk sebilik yang dilengkapi dengan 4 buah katil super single dan additional RM10 untuk satu tilam extra. Alhamdulillah. Walaupun hakikatnya sangat banyak kekurangan hotel ini. TV tak boleh buka. Remote tak disediakan. Air paip slow dan halus. Tuala yang disediakan basah. Kami tetap bersyukur sekurang-kurangnya ada juga tempat berteduh dan berehat semalaman. 

Keesokan paginya seawal jam 9.00 pagi kami sudah bersiap sedia untuk check out dan berjalan sekitar pekan Semporna. Hajat asal sebenarnya ingin menawan beberapa pulau di sekitar Semporna, namun atas faktor keselamatan disebabkan sejak dua menjak ini seringkali berlaku perkara-perkara yang tak diingini di sekitar kepulauan Semporna, maka kami memutuskan untuk hanya berlegar-legar di kawasan Pekan Semporna saja. Hanya sehari saja kami peruntukkan untuk berada di sini. Disebelah malamnya kami rancang untuk bermalam di Lahad Datu. Dan keesokannya terus bergerak ke Kundasang. 

berjalan-jalan di sekitar pasar pagi di pekan Semporna..

Brunch time with le famili di Seaview Seafood Restaurant bersebelahan dengan Sipadan Inn..

hanya pesan nasi gorang ikan masin telur mata..

Selesai saja menjamah makanan, kami singgah di beberapa lokasi dan terus bergerak menuju ke Lahad Datu. Dan dalam perjalanan, kami berhenti di pekan Kunak untuk singgah minum dan solat Jamak Qasar di Masjid Datuk Zainal Gunong di daerah Kunak, Sabah.

kami singgah minum di Cafe berhampiran Masjid.. 

Selesai saja membasahkan tekak dan menunaikan kewajipan, kami meneruskan perjalanan kami menuju ke Lahad Datu yang mengambil masa lebih kurang sejam setengah dari sini dan tiba di pekan Lahad Datu lebih kurang jam 6.00 petang. Di sini 6.00 petang dah macam pukul 7 malam KL. Maghrib awal. Terus kami memasang google map untuk menuju ke homestay yang telah kami book pada malam semalam menerusi aplikasi booking.com dengan harga RM66  sebilik untuk satu malam. Kami tempah 2 bilik dengan total RM132. Konsep homestaynya ialah hanya bilik dan tandas saja privasi, dapur laundry tv dan ruang tamu semuanya berkongsi dengan penginap lain. Tapi agak menarik sebab susun atur dan interior design nampak lebih berkonsepkan hotel. Terutama dalam bilik dan tandas. Turut disediakan shower air panas. Sangat diperlukan bila berada dalam cuaca yang sejuk.




Disebelah malamnya kami berpeluang pusing-pusing di sekitar Lahad Datu. Disebabkan perjalanan yang agak jauh menuju ke Kundasang dan diceritakan tak mempunyai sebarang perhentian, tandas dan stesen minyak sepanjang perjalanan untuk ke sana, kami awal-awal lagi sudah bersiap sedia membeli tong minyak 11L untuk diisi sebagai langkah berjaga-jaga jika minyak mula berkelip. Malam itu juga kami tidur agak lewat gara-gara ingin mencari homestay di Kundasang. Alhamdulillah. Setelah listkan lebih kurang 5 homestay yang agak menepati bajet kami, ada juga yang memberi respon pantas dan terus kami book.



Keesokan paginya seawal selepas subuh, kami terus bersiap-siap dan check out lebih kurang jam 7.30 pagi. Pusing sekitar pekan Lahad Datu mencari restoran untuk bersarapan. Selesai bersarapan terus memulakan perjalanan kami menuju ke Kundasang.

Dan untuk perjalanan kami sepanjang berada di Kundasang dan KK, aku akan simpulkan berdasarkan tempat-tempat yang sempat kami lawati. Atau aku boleh katakan tempat yang sempat aku lawati bersama mereka. Sebab pada hari Selasa ini aku seorang akan berangkat pulang ke KL manakala mereka akan meneruskan ekspedisi mereka menerokai tanah Kundasang dan Kota Kinabalu, Sabah.

Sunduan Lodge Homestay

Tiba di penginapan homestay kami di Sunduan Lodge. Satu malam RM120. 3 bilik tidur, dapur, laundry, ruang tamu dan TV. Sangat selesa. Qwner pun peramah dan menetap di tingkat bawah. 






Desa Dairy Farm (New Zealand Malaysia)








3D Wanders Museum & Upside Down House Tamparuli, Sabah







Hanya dua tempat saja yang sempat dilawati bersama mereka. Apepun alhamdulillah dapat juga meluangkan masa bersama mereka setelah hampir setahun merancang. Pada malam 1hb Nov flightku berlepas dari KKIA jam 735pm dan selamat mendarat di KLIA lebih kurang jam 10.10pm. 

Gambar terakhir bersama mereka sebelum berlepas dari KKIA..

Alhamdulillah. Super-excited tengok gelagat budak kecik Ikhlas sepanjang trip kali ini. InsyaAllah dengarnya our next trip will cover Sarawak next year. Moga perancangan dipermudahkan. Amin.

Wallahualam.

Comments