Harga Minyak Dunia TURUN tapi di Malaysia NAIK. APAKAH?!!
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis walau diri dipenuhi dengan kesibukan hal dunia. Alhamdulillah dan syukur juga dengan secara tak rasminya Perodua mengumumkan pengeluaran model kereta terbaru mereka secara tak langsung tugasku mengemudi projek model tersebut untuk pembangunan unit shock absorber belakang telahpun menghampiri penghujungnya sebelum secara rasminya diserahkan kepada pihak pengeluaran (Production Team) selepas tiga bulan pertama mass production. Untuk pertama kalinya 100% reka bentuk luaran direka sendiri oleh Perodua tanpa mengadaptasikan reka bentuk dari negara luar yang lazimnya menggunakan model-model keluaran Daihatsu untuk pengeluaran model-model sebelum ini. Syabas Perodua! You are one step ahead. Untuk melihat sendiri model keluaran terbaru yang juga mengekalkan nama Myvi, boleh berkunjung ke Malaysia Autoshow 2017 di MAEPS Serdang pada 9hb hingga 12hb November 2017. Now lets back to the main topic. Hari Rabu yang...