Petronas Twin Towers Skybridge Tour

Assalamualaikum w.b.t.

[Post Tertunda - 10 Dec 2017]

Alhamdulillah. Terlalu lama rasanya tak mengupdate sesuatu dalam ruangan ini. Al-maklum setiap kali nak menulis mesti ada saja yang menghalang. Moga pembukaan tahun baru ini dapat mengembalikan momentum aku menulis. InsyaAllah.

Sekadar perkongsian aktiviti aku dua minggu yang lalu. Haa. Nampak tak sebenarnya dah siap beratur dah post nak ditulis dan direncanakan dalam laman ni. Cuma tak tertulis saja dan majoritinya disebabkan mood untuk menulisnya tak berkunjung tiba. Kalau tahun 2014 aku pernah diberi peluang untuk menjejakkan kaki di puncak menara tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa, Dubai. Alhamdulillah kali ini aku berpeluang untuk jejakkan kaki di puncak menara berkembar tertinggi di dunia pula iaitu mercu tanda Kuala Lumpur di mata dunia, Menara Berkembar KLCC. 27 tahun hidup di KL, inilah baru pertama kali jejakkan kaki ke sini. Aku percaya ramai lagi sebenarnya yang begitu. Dan yang paling best dapat bawa bersama yang tersayang iaitu Mak dan kakakku. Kunjungan adhock kami di hujung minggu tanpa perancangan yang rapi.

Sedikit informasi ringkas latar belakang berkaitan menara kembar petronas kita. Sumber dari Wikipedia. Asyik duk mengembara ke negara orang kagum dengan bangunan pencakar langit negara seberang tapi bila ditanya tentang latar belakang dan kehebatan bangunan pencakar langit negara sendiri dah terpaku nak jawab. Itulah aku! Haha.

Menara Berkembar Petronas. Mula dibina pada tahun 1992. Mula dibuka pada tahun 1999. Merupakan pemegang gelaran bangunan tertinggi di dunia sehingga tahun 2004 sebelum dipintas oleh Burj Khalifa (Dubai) dan Taipei 101 (Taiwan). Namun, sehingga kini masih merupakan bangunan berkembar tertinggi di dunia dan bangunan ke-11 tertinggi di dunia. Kegunaan rasmi bangunan ini ialah sebagai pejabat. Terdiri daripada 88 tingkat. Mempunyai 78 buah lif di menara 1 dan 2. Reka bentuk bangunan ini juga merupakan ilham dari seorang arkitek kelahiran Argentina, César Pelli. Firma kejuruteraan yang terlibat pula ialah Thorton Tomasetti dan Ranhill Bersekutu Sdn Bhd. Menara 1 telah dibina oleh kontraktor Hazama Corp. (Jepun) dan Menara 2 telah dibina oleh kontraktor Samsung C&T (Korea). Ok cukup. Nak tahu lebih boleh buat carian di internet. Haha.

So macam mana pula nak beli tiket untuk menaiki KLCC Sky Bridge dan Top Floor Observation Deck? Saja aku tulis di sini sebagai sumber rujukan sesiapa yang berhajat untuk ke sana dan inginkan info berkaitan pembelian tiket untuk ke sana seperti mana aku yang baru first time nak naik gigih google sana sini. Haha.

**********
< INFORMASI LAWATAN >


Hari Lawatan : Selasa hingga Ahad (TUTUP setiap Isnin)

Masa Lawatan : 9.00 pagi - 9.00 malam (TUTUP antara 1.00 tgh - 2.30 ptg pada setiap Jumaat)

Masa Jualan Tiket : Bermula dari 8.30 pagi

Lokasi Kaunter Tiket : Aras 'CONCOURSE' Menara Berkembar PETRONAS

Laman Web : www.petronastwintowers.com.my

Harga Tiket :-

Dewasa (13 - 60 tahun) : RM85 (Tanpa MyKad) / RM30 (MyKad)

Kanak-kanak (3 - 12 tahun) : RM35 (Tanpa MyKad) / RM15 (MyKad)

Warga Emas (61 tahun & ke atas) : RM45 (Tanpa MyKad) / RM15 (MyKad)

Kanak-kanak di bawah 2 tahun : PERCUMA

*Harga termasuk GST 6%


**********

So, untuk total kos tiket kami hanyalah RM30 (aku) + RM30 (kakak) + RM15 (Emak) = RM75 sahaja. Kami mula tiba di kaunter tiket untuk membeli sekitar jam 12.30 tengahari. Alhamdulillah tak ramai orang masa tu. Namun, giliran kami ialah pada jam 3.30 petang dan kami dikehendaki untuk berada di sana beratur sekitar jam 3.15 petang. Sempatlah kami nak lunch dan menunaikan solat Zuhur sebelum naik.

Information board sebelum turun ke basement floor untuk beli tiket..

di kaunter pembelian tiket.. hanya kelihatan warga asing saja di sini.. kami saja Malaysian.. Haha..

total kos pembelian tiket kami bertiga..

di ruang legar kawasan pembelian tiket..

the tickets..

Seusai menunaikan solat Zuhur, kami terus menuju ke pintu masuk. Kami diberi satu lankyard berwarna kuning bersama tag visitor setiap seorang. Warna lakyard sebenarnya berbeza mengikut rombongan / kumpulan untuk mereka panggil. Untuk kumpulan kami berlankyard kuning ada lebih kurang berbelas orang kesemuanya yang mana semuanya terdiri daripada foreigner/pelancong kecuali kami bertiga. Haha. Dan kami dikehendaki beratur sebelum melewati scanner gate persis melepasi gate imigresen setiap kali nak ke balai pelepasan di Airport. Barang-barang terlarang boleh disimpan di loker / ruangan simpanan barang yang disediakan di kaunter sebelah scanner gate. Tak boleh makan, minum, merokok dan mengunyah chewing gum sepanjang lawatan.

Dan selepas melepasi scanner gate tersebut, kami di'paksa' untuk bergambar untuk mereka potretkan bersama background Menara Berkembar PETRONAS sebagai pilihan cenderahati yang boleh dibeli sebelum kami melangkah keluar dari sini. Seterusnya kami hanya menunggu giliran dipanggil untuk sesi taklimat keselamatan dan informasi sepanjang aktiviti berada di 'atas'.

lankyard with visitor tag berwarna kuning dan tiket..

di'paksa' bergambar.. posing ikut aje arahan photographer..

menunggu giliran dipanggil untuk sesi taklimat sebelum dibenarkan naik mengikut group berlankyard kuning..


Tingkat 41 - Skybridge

Lawatan ini dibahagikan kepada tiga. Pertamanya, kami akan dibawa ke tingkat 41 untuk merasai pengalaman berada di jambatan antara dua menara, KLCC Skybridge. Diberi lebih kurang 10 minit untuk bergambar. Skybridge ini berada di ketinggian 170 meter dari aras tanah, 58.4 meter panjang dan beratnya mencapai 750 tan. Ia sebenarnya terdiri daripada 2 tingkat iaitu tingkat 41 dan 42. Bahagian bawah untuk tujuan kunjungan dan bahagian atas khas untuk kegunaan staff Petronas. Skybridge ini diperkukuhkan lagi dengan 2 kaki sokongan berkembar yang terletak di bawah jambatan. Panjang setiap satu kaki adalah 51 meter dari ia dihubungkan daripada jambatan sehingga dipasakkan di sebuah bebola keluli besar di tingkat 29 pada setiap menara. Bebola kekuli ini bertujuan untuk mengawal ayunan jambatan daripada tiupan angin. Skybridge ini juga tidak sepenuhnya melekat pada bahagian bangunan. Kita boleh terasa sedikit udara panas yang datang dari luar bila kita letakkan tangan di celah-celah lapisan antara jambatan dan bangunan.










Tingkat 86 - Observation Deck

Seterusnya kami dibawa ke tingkat 86 transit lif di tingkat 83. Di tingkat 86 pula dikenali sebagai observation deck. Pemandangannya subhanallah. Memang dapat melihat pemandangan sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Alhamdulillah, cuaca pada ketika itu ok. Takde kabus atau jerebu yang selalu menjadi halangan sesorang untuk menikmati pemandangan dari kawasan tinggi. Di sini kami hanya diberi masa 15 minit untuk bergambar dan berlegar sekitar observation deck. 














Tingkat 83

Dan sebelum turun, kami dibawa ke tingkat transit lif iaitu tingkat 83. Di situ terdapat kiosk jualan barang-barang berjenama Menara Berkembar PETRONAS juga disediakan tempat duduk untuk mereka yang nak merehatkan kaki atau menikmati tayangan menerusi tiga screen besar yang disediakan. Tandas juga turut disediakan di sini. Tapi malangnya tak sempat nak pergi untuk merasai perasaan buang air di dalam tandas mewah di tingkat 83. Haha. Baru nak masuk dah kena panggil dengan staff yang bertugas. Aduhai. 






Lebih kurang 10 minit selepas itu, kami diseru untuk turun ke bawah. Alhamdulillah sekitar 4.15 petang selesai sudah lawatan kami ke Menara Berkembar PETRONAS Sky Bridge dan Observation Deck. Seriusly terkenang saat melawat Menara Burj Khalifa dulu. Agak terkilan sebenarnya sebab tak menulis post berkaitan lawatan ke Burj Khalifa tempoh hari. Keluar saja dari lif, terus melalui sebuah kedai cenderamata yang lebih banyak pilihan dan kepelbagaian barang yang dijual berbanding di tingkat 83 tadi. And thats the end of our journey. Till then.

Wallahualam.

Comments