Throwback : Korea 2016 & Perth 2017 Trip

Assalamualaikum w.b.t.

Syukur alhamdulillah masih diberi peluang dan ruang untuk menulis sementara menanti kelopak mata layu dek kesibukan duniawi yang tak pernah selesai.

Terasa lama tak berkongsi sesuatu di laman ini disebabkan masa dan keadaan yang sangat tak mengizinkan. Apapun, motif utama aku wujudkan laman ini sejak awal penglibatanku dalam dunia penulisan hanyalah sekadar ingin berkongsi info, pendapat, idea dan pengalaman yang tak seberapa sepanjang hayat dikandung badan. Sebenarnya beratur juga post-post yang tertunda di mana pada awalnya niat untuk dikongsikan di dalam ruangan ini, namun disebabkan keterbatasan masa hingga kini masih tak terlunas misi-misi tersebut. Antaranya :

1. Backpacker Trip to Seoul Korea 2016
2. Backpackers Trip to Perth Australia 2017
3. Business Trip Shanghai China 2019

Alang-alang dah senaraikan, terasa nak kongsikan pula sedikit selingan memori yang sempat dilakarkan sepanjang trip-trip tersebut.

Yang sebenarnya untuk trip ke Seoul aku telah pun kongsikan  3 posting dari hari pertama hingga hari ketiga. Masuk hari keempat dan terakhir masih tertunda sampai sekarang. Haha. Boleh rujuk di link di bawah :

Hari Pertama : > KLIK SINI <
Hari Kedua : > KLIK SINI <
Hari Ketiga : > KLIK SINI <

Nampak tak betapa gigihnya aku menulis dulu. Sekarang nak datang mood menulis tu hanya Allah saja tahu. Sekarang secara ringkas dan sekadar memenuhi syarat yang ditetapkan oleh diri sendiri, maka aku akan teruskan sambungan posting dalam versi yang sangat padat dan ringkas juga berserta gambar di setiap satu lokasi. Berikut adalah tempat-tempat yang sempat kami lawati di hari keempat jejaknya kami di sini.

1. Gyeongbokgung Castle

latar belakang wajib untuk meraka yang pertama kali sampai di sini
2. King Sejong Museum

pengalaman menulis nama sendiri dalam bahasa korea 

3. Isadong Street

 bila bukan jenis orang yang suka bershopping memang ambil gambar lah nampak gaya jadi hobi
4. Hanok Village



5. Itaewon

Salah satu lokasi tumpuan warga Muslim yang bertandang di Korea, Seoul Central Mosque di Itaewon.

 
di pintu masuk utama Masjid.

 
berhalaqah sementara menunggu masuknya waktu solat fardu maghrib. Saja nak merasa suasana berjemaah di sini.

 
disepanjang lorong menghala ke Masjid ni memang bersepah restoran dan kedai makan halal. Punyalah pusing-pusing akhirnya kami bersepakat untuk merasai hidangan Nasi Arab di sini. (kedai belakang tu haa sebelah kanan gambar)

Baru kongsikan beberapa gambar terus terkenang memori berback packing dengan mereka. Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Ada juga dalam kalangan mereka yang masih tak henti-henti travel sampai sekarang. Ok selesai untuk sepintas lalu di hari hari terakhir di Seoul Korea.

Next will be trip to Perth Australia pada tanggal 12 hingga 16 Mei 2017. Trip kali ini berempat sahaja. Here we go. Just a simple glance through with a simple caption.

Di sekitar bandar Perth

Berjalan kaki on the way pergi ambil kereta sewa di Aries Car Rental.


Berhenti rehat semasa dalam perjalanan lebih 500km turun ke selatan Perth

Caversham Wildlife Park

 E-Shed Market | Fremantle

Malaysia Hall Perth

Sambut birthday di sini. Thanks to Nick for the treat.

 Sebelum kami berangkat pulang. Lokasi di Perth Airport.

Sebenarnya trip ke Perth ni antara trip yang paling menarik sebab dapat merasai pengalaman memandu di negara orang. Lesen di Malaysia memang 'laku' di Australia. So tak perlu nak apply for International Driving License. Tapi perlu diingatkan untuk menyewa kereta, hanya driver berdaftar sahaja dibenarkan memandu. Means, jika ditahan pihak polis dan didapati yang memandu adalah mereka yang bukan berdaftar, maka tindakan saman juga akan dikenakan. So, disebabkan hanya aku saja yang mendaftar, maka aku sajalah yang memandu sepanjang trip kali ini, Apapun, sangat menguji kesabaran bila mana jalanraya kosong terbentang luas di hadapan tapi perlu mengehadkan pemanduan di bawah 100km/h.

Untuk perkongsian trip ke Shanghai insyaAllah akan dikongsikan bila ada kelapangan untuk menulis. Betullah bila dah throwback terasa nak travel balik. Rindu rasa nak ada feeling traveller macam dulu. Cuma sekarang bila dah mula ada komitmen dan rancangan untuk masa depan, penggunaan fulus terpaksa di hadkan. Moga ada kesempatan di masa akan datang. Dengan si dia, InsyaAllah. Amin.

Wallahualam.

11.50pm | Klang

Comments