Tuesday, 4 May 2010

Jogging di Pagi Hari

Assalamualaikum.
(..fitness..fitness..fitness..itulah yang menjadi penghalang aku sekarang ni..Huhu..)

Fuh~ penat betol. Baru dua hari start jogging di pagi hari. Huhu.

..badan sihat..otak cerdas..(gambar hiasan)..

Pagi semalam dalam pukul 800 pagi aku keluar rumah nak pergi jogging kat Taman Tasik Seri Gombak. Aku berjaya buat 7 pusingan tasik jer. Mungkin sebab aku amek keputusan jogging langkah besar kot. Tercungap-cungap sikit ade jugaklah. Pastu aku buat sprint naek anak tangga beberapa set disusuli dengan sit up 30x dan push up 30x. Then jalan atas batu-batu (laluan urut kaki). Lastly buat cooling down. Selesai jogging dalam pukul 930 pagi.

..Taman Tasik Seri Gombak..

Pagi hari ni pulak aku amek keputusan nak pergi jogging kat Taman Tasik Titiwangsa. Tapi, disebabkan aku bangun lewat sikit dalam kul 830 pagi (tidor balek lepas solat subuh), pagi ni aku keluar rumah bertolak pergi jogging dalam pukul 915 pagi. Sampai Taman Tasik Titiwangsa dalam pukul 930 pagi dan terus mula jogging. Aku ambek mase 17 minit untuk habeskan satu pusingan besar tasik tuh dan plus 9 minit habeskan satu pusingan kecil tasik. Tapi jogging kali ni aku buat biase-biase jer. Tak terlalu laju sangat. Then, aku pergi buat senaman guna peralatan senaman kat taman tu. Dan ade jugak lah buat sikit senaman kaki serta tak lupa jugak buat sit up 100x plus push up 30x. Sebelum buat cooling down, aku jalan atas batu-batu (laluan urut kaki). Alhamdulillah sebab dah tak ramai orang kat sekeliling, takdelah malu sangat aku nak buat cooling down style silat nyer. Hehe.

..Taman Tasik Titiwangsa..

..macam2 style orang berjogging..ikut hati aku mmg nak jogging sambil dengar lagu..tapi malangnye aku nyer earphone hilang pulak..aduss..

Balik tu aku layan sarapan roti planta ngan teh tarik kat restoran dekat ngan rumah aku. Huh~ lega giler rase nyer. Then terus pulang ke rumah dengan selamat nyer.

p/s: esok pagi pulak aku rancang nak pergi jogging kat Taman Layang-Layang kat Kepong. Harap rancangan menjadi. Amin~.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...