Kem Di Bukit Cerakah

Assalamualaikum.
(..Adoyai~..panjangnyer post kali ni..aku tak pakse korang bace..Hehe..)

Fuh~ lame jugak aku tak meng'update' blog ni. Maklumlah kesibukan yang tiada penyudah. Huhu. Namun insyallah kali ini aku nak kongsikan sikit cerita tentang diriku selama aku tak meng'update' blog ni.

Pada hari Jumaat (30/4) yang lalu, seperti biase aku menuju ke Shah Alam untuk menghadiri kem latihan pusat silat kontinjen Selangor. Tapi untuk kem kali ni ade kelainan sikit dimana kem kali ni telah dijalankan di Bukit Cerakah dan berobjektifkan latihan mental.

Untuk penyertaan kem kali ini, hampir separuh dari atlit silat kontinjen Selangor yang menyertai iaitu seramai 14 orang antaranye :-

Silat Seni
Fitrin
Nazrul
Hanif
Yusuf
Nurul

Silat Olahraga
Ali Fikri
Faizul Nasir
Fawwaz
Umira
Redzuan
Syakir
Azimah
Hafizah

Yang lain semua ade urusan seperti menghadapi final exam dan terlibat dengan Kejohanan Gayong Terbuka.

Untuk perjalanan kem kali ni, insyallah aku cube ceritakan ape yang aku ingat. Mungkin agak panjang tapi aku tak kesah sebab aku saje nak buat dokumentasi sikit pasal setiap kem yang aku lalui. Huhu.

Kalau ikut penulisan sebelum-sebelum ni aku banyak tulis based on hari dan masa. Mungkin kali ni aku just tulis based on setiap aktiviti yang aku lalui.

*******

Aktiviti 1
Persembahan Individual Tagline dan Group Tagline.
*Untuk Tagline aku : c00l sudaa~ (^_^)
(penjelasan : aku nak cube sentiase berada dalam keadaan c00l @ tenang dalam menghadapi detik-detik akhir sebelum tempuhi medan perang yakni Sukma 2010 di Melaka)
*Untuk Group Tagline : No Retreat~
Never Surrender~
We Are Selangor~
E' Eleh~
.............................

Aktiviti 2
Pilih Satu daripada Empat Bentuk Bagi mewakili sifat/sikap Diri Masing-Masing.
Antara bentuknye ialah Bulat, Segi Empat Sama, Segi Tiga Sama Sisi dan Alunan Ombak (~~~).
Setiap bentuk ade maknanye tersendiri. Ade yang positif dan ade yang negatif.
Aku pulak pilih bentuk Bulat sebagai mewakili sifat diri aku. Hujah-hujah nyer adalah seperti berikut :-

-Sebab bentuk bijik mata kita Bulat/Sfera. Haha.
-Sebagai simbolik kitaran hidup kita umpama roda, kadang2 kite berada di atas, kadang2 kite berada di bawah. Ia jugak mengajar aku untuk sentiasa bersabar dalam menghadapi detik kekalahan kerana satu masa akan tiba detik kemenangan.
-Jika objek yang berbentuk bulat/sfera dicampak ditanah rata akan mengambil masa yang lama untuk pegun. Menunjukkan apabila kita dicampak dimana pasukan atau tempat, kite masih mampu untuk hidup dan survive serta bersosial disana.

Aktiviti 3
Night Walk dijalankan lebih kurang jam 200 pagi.
Semua atlit (14 orang semuanye) dimintak untuk memegang seutas tali rafia yang lebih kurang panjangnye 4 meter dengan menggunakan kedue belah tangan dalam keadaan beratur untuk bergerak menuju kepuncak. Tiba dipuncak pulak, sorang2 akan dilepaskan menuruni satu laluan lain (gelap gelita) dengan berbekalkan sebatang lilin yang agak pendek. Setelah berjaya menuruni laluan tersebut setiap orang diasingkan untuk bermuhasabah sebentar dan diakhir sesi diadakan halaqah bagi sesi perkongsian masalah dan isi hati masing2. Namun disebabkan masa mencemburi kitorang, hanya 4 orang berjaya meluahkan isi hati mereka. Huhu.

Aktiviti 4
Berendam dalam swimming pool pada pukul 4 pagi..
ggrrr~ sejuk gilerz. Sambil dimarah atas sebab disiplin dan semangat team work yang kurang menyerlah. Ape pun aku masih mengawal kondisi wajahku agar sentiasa c00l/tenang. Haha.

Aktiviti 5
Kumpul kat bulatan tepat jam 800 pagi (next day).
Buat senaman pagi lebit tertumpu pada senaman kaki. Pastu setiap orang dimintak untuk buat tagline masing2 beserta aksinyer sorang2 secara berturut-turut. Dan group tagline dibuat pada pengakhiran sesi. Pada waktu ni jugak diperkenalkan satu benda yang baru iaitu sekiranya ditiupkan wisel satu bunyi, semua atlit dikehendaki untuk baringkan badan mengadap langit. Dan apabila wisel ditiupkan sebanyak dua kali, semua atlit dikehendaki mengangkat kaki kiri dan tangan kanan ke atas secara serentak. Satu permainan diperkenalkan yang banyak mengeluarkan bunyi 'jigiji..jiigijigiji..jigiji' sambil membuat aksi yang agak lawak.

..masing2 dengena aksi Tagline nyer sendiri..

..mengancam betol aksi 'bro' didepan ni.. Haha..

Aktiviti 6
Lakaran bendera di atas kain putih yang telah diberikan pada sesi aktiviti 1.
Lakaran tersebut hendaklah melibatkan tagline masing2 dan lukisan nyer mengikut kreativiti masing2. Selepas selesai dilukis, setiap orang dimintak untuk mempersembahkan nyer dihadapan sambil menerangkan tentang ape yang dilakarkan di atas bendera tersebut.

Aktiviti 7
Sesi tidur selama 1 jam.
Disebabkan Sir Black (Person In Charge) kesian tengok kitorang semua tak cukup tidor oleh kerana semalaman beraktiviti, beliau dengan baik hati nyer memberikan kami peluang untuk melelapkan mata tapi dalam kawasan yang telah ditetapkan. Pada mulanya, beliau hanya memberi 30 minit saja tapi disebabkan kelihatan semua atlit nyenyak tidur dalam keselesaan, beliau lanjutkan lagi sehingga sejam.

Aktiviti 8
Swimming Time!! dalam pukul 1230 tengahari.
Kitorang dimintak untuk terapungkan diri dalam tiga keadaan iaitu keadaan terlentang menghadap atas, meniarap dan memeluk erat kedua belah kaki membentuk bola.
Then, kitorang pulak dimintak untuk menjatuhkan diri dalam keadaan terlentang ke dalam kolam renang sambil disambut oleh kawan2 yang lain. Seterusnya, kitorang membentuk 2 group dan setiap group di berikan sebuah bola angin besar. Seorang dari setiap group dikehendaki untuk berdiri di atas bola tersebut sambil dipegang oleh ahli-ahli kumpulan yang lain.

..masing2 tengah khusyuk berusaha..yang tengah berdiri atas bola angin (Fitrin & E-Boy)..

Aktiviti 9
SWOT diperkenalkan. (..Strength..Weakness..Oppurtunity..Threat..)
Semua atlit diberikan sehelai kertas yang dibahagikan mukanya pada empat bahagian dan dituliskan ke empat2 elemen diatas pada setiap bahagian. Setiap atlit dimintak untuk menganalisa diri masing2 dan cube mengesan apakah kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang ade dalam diri masing2 dalam menempuhi SUKMA 2010 ini dan juga dalam kehidupan seharian mereka. Selepas itu diperkenalkan satu permainan iaitu dikenali sebagai 'Jambatan Goyang'. Aksinye pulak telah direka khas oleh saudara Ali dan Syakir. Seterusnya permainan yang menguji minda dan peka pula diperkenalkan iaitu (Pizza Hut..Kentucky Fried Chicken..Mc Donald) , (Ketupat..Kuah Kacang..Dodol) dan (Keuy Teow..Teh Tarik..). Then tambah lagi satu game yang agak letih dan kelakar dimain iaitu permainan 'pekok'. Fuh~ penat + pening + seronok kitorang petang tu. Melalak jer keje. Huhu.

Aktiviti 10
Barbeque Time!!
Ayam dan Sosej telah dibakar oleh E-Boy and the geng dan yang lain majority ambek peluang rehatkan diri.

Aktiviti 11
Jangkauan paling Jauh.
Untuk aktiviti kali ni dibahagikan kepada tiga kumpulan.
Setiap kumpulan diberikan tiga biji bola kecil dan dimintak untuk meletakkan (menjangkau) bola tersebut sejauh yang boleh dari garisan awal. Kaedah dan strategi mengikut kreativiti kumpulan masing2. Pastu dijalankan beberapa permainan yang menguji tahap kepekaan kitorang. Pemenang untuk permainan ni ialah aku ngan E-Boy. Haha. Di pengakhiran sesi ni dijalankan sesi teka teki. Antare soklan teka teki yang masih aku ingat ialah :

Kenape kite berjalan tangan huyung-hayang?
-sebab pakai baju dan seluar.

Binatang ape keris dikaki?
-ayam.

Huruf ape yang keluar banyak air?
-P..pee (kencing) Haha.

Huh~ yang lawak nyer sorang pun tak dapat jawab soklan teka teki aku. Haha.
Soklan nyer ialah :

Antara Imam dan Bilal, mana yang paling kejam?
*Sape dapat jawab, aku bagi hadiah. Haha.

Aktiviti 12
Aku tak tau nak kate sesi ape untuk aktiviti ni. Ia lebih kepada perkongsian masalah. Dan Sir Sham (Person In Charge) sering mengingatkan setiap atlit bahawa matlamat terhadap ibubapa haruslah diletakkan di tangga yang pertama kerana pengorbanan yang mereka telah lakukan terhadap kite sehinggakan kite mampu sampai ke tahap sukma ini. Setiap atlit di kehendaki meluahkan saat-saat terakhir berseronok bersama keluarga masing2. Dan di pengakhiran sesi dijalankan sesi 'open' yakni sesi luahan masalah dalaman yang dihadapi oleh kontinjen kitorang. Alhamdulillah, semua dapat menerima teguran dan nasihat dengan hati yang terbuka. Sesi tamat lebih kurang jam 500 pagi.

Aktiviti 13
Kumpul kat bulatan tepat jam 730 pagi (last day).
Macam biase buat sikit senaman pagi lebih fokus untuk senaman kaki. Ade juga main sikit permainan yang agak menyeronokkan dan persembahan tagline masing2 secara berturut-turut.
Lepas tu sarapan pagi makan nasi putih lauk sardin dan sayuran. Huhu. Diadakan sesi suapan makanan kat kawan sebelah termasuk kepada coach.

..tengah fokus menunggu turn buat tagline..Huhu..

..tagline mereka..Aku Terbaek!! (Fawwaz)...Best!! (E-Boy)..

..aksi terakhir tagline berkumpulan..

Aktiviti 14
Jungle Trekking.
Diberi beberapa bahan makanan untuk memasak dan diagihkan untuk setiap sorang pegang satu bahan. Aku kene pegang tin sardin. Nasib baek tak berat sangat. Haha. Pastu bertolak pergi sane dengan pendakian dan berakhir di Empangan Sungai Air Kuning. Seterusnya mencari port untuk memasak makan tengahari di kawasan hutan bersebelahan dengan empangan tersebut. Hasil usaha gigih E-Boy serta krewnya, dapat jugak api dihidupkan. Ade jugak yang pergi cari kayu api dan ade yang settlekan bab penyediaan makanan untuk memasak.

..tengah masak lunch..sempat jugak bergambar..Huhu..

Lepas selesai masak dan makan tengahari bersama, kitorang semua pergi cuci barang-barang memasak di empangan sungai air kuning tapi disebabkan cucian yang agak tak memuaskan, setiap atlit dicalitkan kekotoran (karbon) bahagian bawah periuk masak di muka masing2. Ade jugak rupe macam askar sikit. Haha. Lepas tu Sir Jinggo (Person In Charge) suruh kitorang pergi cuci lagi sekali sampai bersih. Alhamdulillah, bersih jugak kitorang cuci. Tapi aku rase beberape orang jer yang cuci, yang lain semua bagi semangat jer. Maklumlah, seTeam. Hehe. Disebabkan masa yang kitorang ambek agak lama dan menyebabkan perasaan tidak puas hati Sir Jinggo makin membuak-buak, sesampai jer kitorang kat tapak tempat memasak, habes kene marah once again pasal takde disiplin. Adoyai~ sebagai hukuman kitorang kene buat 'kura-kura' kat tengah panas terik matahari. Huhu. Panas giler tapi ni baru panas dunia, belum panas akhirat lagi. Huh.

Aktiviti 14
Penutup dan kata-kata akhir dari setiap fasi. Atlit yang tak banyak cakap sepanjang kem ni telah diberi peluang bercakap di hadapan. Antaranye ialah Nurul, Hanif, Yusuf dan Azimah. Pastu disebabkan barang amanah kem (bendera Selangor) ade beberape orang yang gagal menjaganya dengan baek, mereka2 ini telah dihukum dengan membuat 'kura-kura' sampai disuruh berhenti. Lame jugaklah. Lupe lak. Antara yang dihukum ialah E-Boy, Fawwaz, Fitrin dan Aku. Haha. Dan yang lain pulak ade sesi luahan isi hati dari coach tentang disiplin dan kurangnye team spirit yang ade dalam kontinjen. Menangis jugaklah tengok semua orang termasuk dengan coach nyer sekali sebab terlalu kecewa dengan sikap semua atlit. Namun aku masih mengawal air mukaku supaya sentiasa kelihatan c00l @ tenang. Hehe. Tagline aku tuh~ Haha. Kecoh giler.

*******

Then lepas tu, kitorang semua lunch bersama-sama dan bersiap-siap untuk bertolak pulang. Sebelum balik tu, coach Zul ade belanja kitorang semua makan ais-krim. Yumm~ lame gile tak makan ais-krim. Pastu ade buat sesi bergambar sikit sebab kebetulan ade kereta satria kembar tiga berlainan warna. Hehe. Sape punya lah agak nyer yer.

..bergambar sebelum pulang..

..sama tapi tak serupa..hehe.. btol ker??..

..aksi ganas..don't try diz at home..Haha..

Then, selesai sesi bergambar aku,anep ngan usop (Team Jurus Wajib) terus bertolak pulang ke Gombak. Fuh~ penat giler drive balek. Dengan hujan lebat nyer plus mengantuk nyer lagi. Tersenguk2 aku bawak keta. Huhu. Alhamdulillah selamat sampai lebih kurang jam 700 malam.

p/s : Huh~ siksa giler aku nak habeskan post ni. Tapi kenape aku nak buat jugak yer. Umm. Sebab macam aku kate mula-mula tadi, sebab aku nak cuba dokumentasikan/ceritakan semua kem yang aku lalui sepanjang bergelar atlit supaya ia mampu menjadi kenangan yang manis di kemudian hari. Insyallah. Wallahua'lam.

Comments