Bahang ASEAN University Games kian terasa
Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik sedar2 lagi dua minggu jer lagi aku bersama teamateku akan fly ke Laos untuk Kejohanan Pencak Silat Sukan Universiti ASEAN. Persediaan yang tak berapa nak rapi gara2 bermacam2 faktor dan antara yang utamanya ialah faktor bakal meng'skip' kelas selama hampir 2 minggu. Hakikat sebenar memang surat pelepasan telah pun dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi khusus untuk semua atlet2 IPT Malaysia yang akan ke sana. Tapi diri ini terasa sangat runsing dan bimbang memikirkan keadaan akademikku yang kini semakin menghampiri zon peperiksaan akhir semester. Midterm pun ade subjek yang belum habis lagi. Ini pulak nak memikirkan persediaan untuk final. Susah untuk aku terangkan situasiku ini sebagai student UIA kepada member2 teamate dari universiti lain. Universiti lain mungkin lain die punya polisi dan prosedur untuk diberi pelepasan. Dan UIA pulak majoriti pensyarahnya ialah dalam kalangan foreigner. Ok. Bila dah kata foreigner ni, b...