MASUM 2013 melabuhkan tirai
[Post Tertunda]
Assalamualaikum.
IIUM Silat Team MASUM 2013 |
Tutup sudah tirai perjuangan dan titik penantian kami selama 3 bulan berhempas pulas menjalani latihan intensif berterusan. Tanggal 22hb Ogos 2013, seramai 17 atlit dari sukan pencak silat UIAM berjaya menjejakkan kaki di atas podium. Alhamdulillah. Walaupun hasilnya lari dari apa yang di target, namun kami percaya ade hikmahnya. UPSI muncul sebagai JUARA KESELURUHAN kejohanan. Tahniah pada mereka. Kekalahan bukan bererti kami sudah mengalah, tapi kekalahan lebih memberi peluang kepada kami untuk melihat kesilapan kami dan perbetulkannya untuk kejohanan akan datang. Berikut adalah senarai pemenang-pemenang pingat :
EMAS
Silat Olahraga Kelas F Putri : Nadiah Salman
PERAK
Silat Seni Regu Putra : Nazrul Azam, Hanif Aminuddin, Haafiz Aminuddin
GANGSA
Silat Seni Tunggal Putra : Nazrul Arif
Silat Seni Ganda Putra : Amin Salman, Ishkandar Zulqurnain
Silat Seni Ganda Putri : Wardah, Nadhirah Salman
Silat Seni Regu Putri : Norhayati, Siti, Azlina
Silat Olahraga Kelas A Putra : Muaz Ariffin
Silat Olahraga Kelas E Putra : Helmi Firdaus @ Mat
Silat Olahraga Kelas A Putri : Amirah
Silat Olahraga Kelas C Putri : Siti Khadijah @ Mai
Silat Olahraga Kelas D Putri : Noordini
11 pingat untuk UIAM. Tahniah!! kepada yang berjaya. Yang kurang berjaya, mungkin bukan rezeki game kali ni. Still have a plenty of games onwards. Disebabkan kecenderunganku lebih kepada silat seni, di sini suka untuk aku nyatakan permarkahan medalist2 silat seni.
Tunggal Putra:
1. UUM – 455
2. UPSI – 451
3. UIAM – 448
Tunggal Putri:
1. UiTM – 461
2. UPSI – 446
3. UPNM – 444
Ganda Putra:
1. UiTM – 544
2. UPSI – 538
3. UIAM – 537
Ganda Putri:
1. UPSI – 556
2. UPNM – 538
3. UIAM – 529
Regu Putra:
1. UPSI – 460
2. UIAM – 454
3. UKM – 449
Regu Putri:
1. UPSI – 444
2. UKM – 443
3. UIAM – 440
Sekian untuk keputusan penuh sukan pencak silat team UIAM. Walaupun sukan MASUM telahpun melabuhkan tirainya, tapi tirai2 memori sepanjang latihan persediaan MASUM tak pernah labuh di hati dan ingatan kami. Terkenang saat ber’jeda’ bersama, ber’sprint’ bersama, berbuka puasa di masjid bersama, berendam di sg pisang bersama, main getah bersama, bersuka duka bersama, ber’2.4′ bersama, ber’bleep test’ bersama. Fuh. Walaupun diri ini hanya terlibat beberapa ketika saja sepanjang 3 bulan latihan berterusan gara praktikal tapi memori terasa sehingga kini, inikan pulak sahabat2 sepasukan yang melaluinya sepenuh masa.
Bersedia untuk berendam selama sejam di Sg Pisang. |
Berendam setiap hujung minggu setelah berhempas pulas berlatih. |
Shopping groceries di NSK untuk golongan2 yang kene reduce. Haha. |
Split time! Menyiksakan. Tapi memberi impak yang besar dalam kemantapan tendangan. |
Sprint time! 70m x 10. |
Setelah selesai berfitness. |
Dinner bersama di Keramat. Ahad malam. Rest time. |
Melantak tembikai hampir setiap kali habis training. |
Speed bukit. Tak sempat aku nak join sebab selalu buat mase weekdays. Praktikal. Hmm. |
Ikutkan sangat banyak gambar nak diupload. Yang lain pandai cari sendiri. Hehe. Dalam 3 bulan ini jugaklah kami mengenali hati dan perwatakan masing2. Ada yang selalu menjadi penghidup suasana, gelak ketawa, bergurau senda. Ada yang selalu stress pasal berat. Ade yang diberi peluang makan banyak untuk tambah berat tapi susah nak makan dan macam2 ragam lagi. Tapi itulah yang menjadikan memori itu berwarna warni. Full of colors. Ade suram, ade gembira, ade sedih, ade seronok. Nostagia pulak post kali ni. Haha. Till then. Hope we will meet again MASUM 2014.
Wassalam.
Comments
Post a Comment