SILAT di Tahun Akhir

Assalamualaikum.

Salam dihulur pemula bicara, ku pohon maaf lama tak berkata.

Alhamdulillah, tetiba terdetik untuk memulakan kembali hobi lamaku yakni menulis. Oleh kerana ramai jugak sahabat tertanya-tanya akan kesepian laman ini lagi-lagi laman sesawang lamaku yang dahulunya menjadi sumber tatapan sahabat handai.

Nak mencoretkan mengenai kejohananku yang lalu, hmm. Just a throwback of my previous 3 game’s acheivements.

Jun 2013 – Kejuaraan Silat UPSI dan Jemputan Antarabangsa ke-5 (UPSI) – EMAS

Ogos 2013 – Kejuaraan Pencak Silat Sukan Universiti Malaysia MASUM (UIAM) – PERAK

September 2013 – Kejohanan Silat Antarabangsa Piala TPM ke-4 (Melaka) – EMAS

Alhamdulillah. Rezeki kali ini. Mengenai akademik pulak, moodku masih entah kemana. Tahun 4 yakni tahun akhirku di UIAM. Tahun yang mana dahulunya aku pernah nekad untuk menumpukan 100% akademikku. 100% terhadap final year projectku. Tambahan pulak batch kami tahun ni diperkenalkan dengan satu subjek baru yang diberi nama Integrated Design Projek (IDP). In other words, sem ni jer dah 6 credit hour hanya pada projek. Huhu. Tapi, benarlah. Kita hanya merancang, hakikat yang terjadi luar dari bidang kuasa kita. Semester pertamaku untuk tahun akhir ini penuh dengan kejohanan-kejohanan silat. Let me list down a few of them.

Oktober 2013 – Kejuaraan Silat Kebangsaan ke-16 (Terengganu)

November 2013 – Kejuaraan Silat Pendekar Seabad  (UM)

Disember 2013 – Kejohanan Silat Sukan Selangor SUKSES

Januari 2014 – Festival dan Kejohanan Pencak Silat Taming Sari VI (UKM)

Februari 2014 – Kejuaraan Silat Sukan Pengajian SUKIP

Mac 2014 – Kejuaraan Silat UPSI dan Jemputan Antarabangsa ke-5 (UPSI)

April 2014 – Kejuaraan Pencak Silat Sukan Universiti Malaysia MASUM (UPSI)

Fuh! Tak boleh banyak lagi ke? -___-

Papepun, sekarang tengah dalam mood persediaan ke Kejuaraan Silat Kebangsaan ke-16 yang akan diadakan di Terangganu pada 7hb Oktober ni. Mewakili bendera MERAH-KUNING dalam kategori yang sama sejak aku ceburi 7 tahun yang lalu.


Doakan kami dapat buat yang terbaik dan dijauhi dari kesilapan sepanjang persembahan kami di dalam gelanggang nanti. Doakan kami berjaya membawa pulang EMAS untuk Selangor! Amin.


Comments