Travelog Osaka 2016 - Day 1
Travelog : Osaka Trip 2016 Day 1 (12.01.2016) Penerbangan kami dijadualkan akan berlepas pada jam 0030H. Kami tiba di tempat menunggu sekitar sejam awal dari pintu Gate P4 dibuka. Dalam tempoh menunggu, kami isikan waktu dengan menunaikan solat isyak dan cubaan mencari sedikit bekalan untuk mengalas perut namun gagal disebabkan kosnya yang agak tinggi. Maka bermuram durjana lah perut kami yang kosong dan penuh dengan kandungan Hydrchloric Acid. Sebaik sahaja Gate P4 dibuka, kami memberi peluang golongan warga emas dan wanita untuk beratur dahulu dan selepas lebih 10 minit barulah kami bangkit mengatur langkah menuju ke barisan yang semakin memendek untuk melepasi gate P4. Kelihatan kebanyakan penumpang sudah bersiap sedia dengan pakaian sejuk masing-masing dan ada juga yang semangat memakainya sebelum masuk ke pesawat lagi. Betul excited nak merasa musim sejuk atau mungkin sebab keadaan badan yang tak biasa dengan tahap kesejukan kurang dari 10 degree. Selepas memberi passport serta bo...