Irau Tinggal Harapan, Suku Dalam Kenangan

Assalamualaikum w.b.t.

Sedikit perkongsian aktiviti dihujung minggu lepas. Diajak turut serta dalam misi pendakian ke puncak Gunung Irau. Tanpa latihan dan persediaan fizikal. Memang agak nervous sikit sebelum naik. Al-maklum pernah mengalami kecederaan dalam misi pendakian sebelum-sebelum ini.

Kisah kami bermula tika kami tiba di hadapan 7Eleven, Cameron Square, Brinchang pada pukul 6.00 pagi. To be exact 6.30 pagi tak silap. Haha. Disebabkan absorber keretaku buat hal. Boleh pulak nut longgar tetiba masa tengah bawak. Setibanya kami di sana terus mencari surau untuk menunaikan solat Subuh. Lokasi suraunya terletak di tingkat bawah B1. Naik lif turun ke level B1. Dan keluar sahaja dah ada signboard surau.

Selesai sahaja solat subuh, kami terus bersiap-siap. Beg daypack penuh diisi dengan beberapa bungkus roti yang dibeli di 7e bersama sebotol air 1.5L mineral dan sebotol kecil air manis. Ada juga dibawa bersama kelengkapan seperti Counterpain, Wet Tissue, Poncho dan Powerbank. Lebih kurang jam 7.00 pagi kami semua mula berhimpun dalam bulatan dan dihadiri oleh salah seorang staff Tebing Tinggi Backpackers (TTB). TTB merupakan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan permit dan perjalanan kami untuk pendakian Gunung Irau.

Alangkah terkejut kami bila dikhabarkan oleh beliau, permit kami semua telahpun dipalsukan oleh runner mereka. Dan mereka telah memberi dua option sama ada untuk beralih kepada pendakian Gunung Suku atau refund 100% duit yang telah dibayar.

Group kami terbahagi kepada 3. Group pertama dari Seremban seramai 17 orang semuanya. Group kedua dari kalangan golongan 40-an seramai 9 orang dan Group ketiga pula ialah kami berdua. Total bilangan group kami ialah 32 orang. Mujur ada salah seorang akak dari Group Seremban yang cuba perjuangkan untuk mendapatkan refund 50% dari duit yang telah kami bayar. Setelah rundingan berlangsung, akhirnya owner TTB, En. Andy telah putuskan mereka yang akan beralih ke pendakian Gunung Suku akan mendapat refund sebanyak RM40. Manakala mereka yang batalkan hajat untuk mendaki akan mendapat refund 100%, RM80.

Disebabkan Group dari Seremban dah takde mood untuk mendaki, mereka telah bersepakat untuk membatalkan hajat untuk mendaki. Hanya tinggal kami berdua dan group geng 40-an seramai lebih kurang 9 orang. Maka kami pun teruskan misi mendaki Gunung Suku. Dan juga kami diberitahu untuk mendaki Gunung Suku tak memerlukan permit. Atas sebab itu juga kami yang mendaki Gunung Suku diberi refund 50%.


Mulakan pendakian pada lebih kurang jam 9.00am dan tiba di puncak sekitar jam 1.50pm. Stay dipuncak selama lebih kurang setengah jam dan bergerak turun. Selamat tiba di bawah sekitar jam 5.15pm.

Setibanya di bawah, diangkutnya dengan menaiki 4wd menuju ke tempat parking di sebuah tokong Cina. Ada disediakan tandas awam dibelakangnya dengan dikenakan bayaran 30sen. Selesai saja membersihkan diri terus kami bergerak menuju ke masjid terdekat untuk menunaikan solat jamak qasar. Seusai menunaikan solat, aku terima whatsapp dari Kak Linda (salah seorang dari Group Seremban). Rupanya selepas mereka membatalkan hajat untuk mendaki, terus mereka menuju ke Jabatan Perhutanan untuk mendapatkan penjelasan dari pihak yang bertanggungjawab dan akhirnya baru mereka dapat tahu sebenarnya nak naik Gunung Suku pun wajib ada permit. Dan modus operandi TTB rupa-rupanya sudah ramai yang terkena. Lantas, mereka terus menuju ke balai polis untuk buat report. Dan tujuan Kak Linda menelefon aku adalah untuk meminta aku untuk turut membuat report polis. Dan disebabkan itu, kami bergerak pulang dari Cameron agak lewat. Singgah di Tapah dengan hajat untuk melelapkan diri seketika tapi akhirnya lebuh sampai ke pukul 3.30am. Akhirnya selamat tiba di rumah lebih kurang jam 6.30 pagi. Alhamdulillah.

Comments