Tragedi Pasir Gudang

Assalamualaikum w.b.t.

Sangat terkejut dengan kejadian yang menimpa mangsa-mangsa di Pasir Gudang, Johor. Bermula dengan pencemaran sungai atas sebab pembuangan sisa toksik ke dalam Sungai Kim Kim oleh pihak yang tak bertanggungjawab dan akhirnya bertukar ke pencemaran udara yang mengakibatkan penyebaran gas menthana (beracun) ke penduduk sekitar. Macam-macam perkongsian aku amati menerusi laman-laman di internet dan media sosial berkaitan isu ini. Nah kau tengok macam tu je dorang buat kerja. Astaghfirullah. Gambar di bawah sumber dari FB Noorazline Ridda.





Lagi menyayatkan hati bila seorang ibu mangsa meluahkan rasa bimbang dan sedih menerusi laman facebooknya bila mendapati anaknya yang berumur 14 tahun juga merupakan salah seorang mangsa dan dimasukkan ke ICU. Berikut adalah selingan kronologi yang dapatku himpunkan dari media-media rasmi negara untuk tatapan orang yang macam aku duk sibuk bekerja sampai terlepas dari arus isu semasa negara. Haha.


7 Mac (9.30 pagi) : Pihak pengurusan dua sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih mengesan persekitaran udara di sekolah berbau bahan kimia dan telah memaklumkan perkara itu kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Gudang.

* 10 pagi : Terdapat pelajar yang mengalami simptom pening kepala muntah dan mual. Lapan ambulan dikejarkan ke dua sekolah berkenaan untuk membantu 24 pelajar dan masing-masing seorang guru dan pekerja kantin yang pengsan.

Pasukan Khas Pengurusan Bahan Berbahaya (Hazmat) dan Bomba mengesahkan kemungkinan berlaku kebocoran gas di kawasan sekolah kerana lokasi sekolah berhampiran kawasan industri dan arahan pengosongan premis dikeluarkan. Kedua-dua sekolah itu ditutup tiga hari sehingga Sabtu dan 35 orang dirawat di hospital, tiga daripadanya di Unit Rawatan Rapi.

*8 Mac : Jumlah mangsa yang dirawat 39 orang.

*9 Mac : Jumlah mangsa yang mendapatkan rawatan terus meningkat kepada 79 orang.

* 10 Mac : Guru-guru SMK Pasir Putih dan SK Pasir Putih bergotong-royong melakukan kerja pembersihan sekolah susulan kejadian pencemaran udara dipercayai akibat pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim.

Jumlah mangsa meningkat kepada 82 orang.

* 11 Mac : Tiga lelaki termasuk dua pemilik kilang ditahan kerana disyaki membuang sisa bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim.

- 7 pagi : Sekolah dibuka dan proses pembelajaran berjalan dengan baik seperti biasa.

- 11.30 pagi : Berlaku insiden gelombang kedua apabila kedua-dua pengurusan sekolah melaporkan kes murid pening kepala. Pihak sekolah mengarahkan sekolah dikosongkan kerana berlaku keadaan udara tidak sihat dan murid-murid dibenar pulang.

- 11 malam : Seramai 29 orang dihantar ke Klinik Kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut manakala 77 lagi dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.

Berdasarkan nasihat daripada Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Daerah (JPBBD), JPN Johor memutuskan kedua-dua sekolah berkenaan :

1. SMK Pasir Putih dan
2. SK Pasir Putih

ditutup sehingga dimaklumkan kelak.

Secara keseluruhan jumlah mangsa yang mendapat rawatan ialah 260 orang.

* 12 Mac : Dua lagi sekolah iaitu :

1. SK Tanjung Puteri Resort dan
2. SMK Tanjung Puteri

dalam daerah Pasir Gudang ditutup berikutan 50 pelajar SMK Tanjung Puteri dan lima murid SK Tanjung Puteri Resort mempunyai simptom akibat terhidu bahan kimia.

- Sebanyak 13 sekolah di sekitar Pasir Gudang diarah tutup sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan.

Sekolah-sekolah yang ditutup ialah :
1. Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih
2. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih
3. SK Tanjung Puteri Resort
4. SMK Tanjung Puteri Resort
5. SK Pasir Putih
6. SK Kota Masai 2
7. SMK Kota Masai 2
8. SK Kota Masai 3
9. SMK Kota Masai
10. SK Kota Masai
11. SK Perigi Acheh
12. Sekolah Agama Kampung Pasir Putih
13. Sekolah Agama Taman Pasir Putih.

Sejumlah 306 orang telah dirawat hari Selasa,12 Mac.

Menurut Dr. Maszlee lagi, 266 mngsa telah dirawat di Hospital Sultan Ismail manakala 42 telah dibawa ke Hospital Sultan Aminah untuk rawatan lanjut.

Dari 42 mangsa, 5 berada di zon kritikal, 19 di zon kuning manakala 18 berada di zon hijau. 35 adalah pelajar manakala selebihnya adalah orang awam.

* 13 Mac : 5 buah sekolah lagi diarah tutup pagi ini susulan terdapat pelajar yang mengalami simptom loya, muntah muntah dan pening dipercayai terhidu bahan kimia.

Sekolah terbabit ialah :
1. Sekolah Kebangsaan Nusa Damai
2. Sekolah Kebangsaan Taman Scientex
3. Sekolah Kebangsaan Taman Rinting
4. Sekolah Menengah Kebangsaan Nusa Damai
5. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Scientex

Berikut senarai 34 buah sekolah di Pasir Gudang, dekat sini, yang diarah tutup oleh Kementerian Pendidikan hari ini susulan pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, sejak Khamis lepas:
1. Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih
2. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih
3. SK Pasir Putih
4. SK Tanjung Puteri Resort
5. SMK Tanjung Puteri Resort
6. SK Kota Masai 2
7. SMK Kota Masai 2
8. SK Kota Masai 3
9. SMK Kota Masai
10. SK Kota Masai
11. SK Perigi Acheh
12. Sekolah Agama Kampung Pasir Putih
13. Sekolah Agama Taman Pasir Putih
14. SK Scientex
15. SK Taman Mawar
16. SMK Nusa Damai
17. SMK Taman Rinting 1
18. SMK Taman Cendana
19. Sekolah Seni Malaysia
20. Sekolah Menengah Scientex
21. SK Taman Bukit Dahlia
22. SK Taman Pasir Gudang 4
23. SK Nusa Damai
24. SK Kopok
25. SK Cahaya Masai
26. SK Taman Cendana
27. SK Taman Rinting 2
28. SK Taman Rinting 3
29. SMK Pasir Gudang 2
30. Sekolah Menengah Dato’ Penggawa Timur
31. SMK Pasir Gudang 3
32. SK Masai
33. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Pasir Gudang
34. SMK Pasir Gudang 4

- 10.30 malam : Berdasarkan kepada situasi semasa dan makluman daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk menutup semua, 111 sekolah di daerah Pasir Gudang berkuatkuasa serta-merta pada hari ini (13 Mac 2019) sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

(Kronologi akan diupdate dari masa ke semasa)

Sedikit perkongsian dari laman facebook Bigmedic Supply berkaitan jenis topeng muka yang perlu digunakan untuk kes seperti ini :

1) Tahukah mask apa yang kena pakai?
- Mask jenis R95 merupakan pilihan anda

 2) Apakah perbezaan antara mask N95 Dan R95?
- sebenarnya kedua-dua jenis mask ini mempunyai keupayaan untuk menapiskan 95% of particles ( NIOSH classification)
- namun sedemikian, R95 mempunyai keistimewaannya dalam menapiskan unsur unsur pencemaran yang larus lemak. Dalam kejadian bahan kimia yng berlaku di sungai kim kim pasir gudang , sebanyak 8 jenis sebatian kimia berbahaya telah dikenalpasti! Kebanyakan bahan kimia ni mempunyai keupayaan larus lemak dah senang diserap masuk ke dalam badan. Justeru itu R95 yng mempunyai keupayaan menapis unsur kimia larut lemAk amat sesuai untuk digunakan dalam kejadian ni.





Semoga Allah melindungi kita semua dan penduduk Pasir Gudang khususnya. Amin!

Wallahualam.

Comments