Bahagiakah kita?
Salam Ahad buat pembaca setia yang tak berapa nak ramai melawat laman aku ni. Entah kenapa hari silih berganti hari makin kerap aku merenung diri ini yang masih dalam keadaan 'tersadai' dari perjalanan yang dahulunya deras mengikut arus menuju ke destinasi impian. Bahagia. Tak semudah itu nak merasainya walau ungkapannya mungkin kerap orang perkatakan seolah mudah untuk dikecapi tapi hakikatnya hanya empunya diri sahaja yang mampu merasai dan menikmatinya. Bahagia bukan terletak pada kejayaan dalam karier. Bukan juga terletak pada perkahwinan mahupun kurniaan cahaya mata. Definisi bahagia hanya terletak pada individu itu sendiri. Ada orang berniaga di pasar malam saja tapi bahagia dengan kehidupannya. Ada sahabat kerja sebagai supervisor di salah sebuah kedai elektronik tapi seronok berkongsi cerita pengalaman beliau hingga ke tahap itu dalam kerjayanya. Kita berjaya dalam kerjaya hingga mampu dihantar bertugas diluar negara, dikelilingi orang yang hebat sekalipu...