Membaca & Menulis

Assalamualaikum w.b.t.

Sedikit perkongsian sementara tiba diperkarangan kilangku seawal 7.00 pagi. 

Alhamdulillah, ahad lepas aku berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019. Aktiviti tahunanku setelah 'selesai' dengan dunia silatku. Membaca dan menulis. Cuma menulis ini agak sukar sebab sangat memerlukan mood yang baik dan positif supaya apa yang ditulis dan dikongsikan juga akan positif. Maka membacalah yang banyak terisi dikala masa lapang menyapa. 

Aku telah disarankan oleh seseorang untuk membeli sebuah buku ini. Judulnya ialah Healing Body & Soul. Katanya sangat baik untuk mereka yang sedang diuji. Kalau sebelum ini genre buku yang aku selalu baca lebih kepada travelog dan perkongsian pengalaman orang, entah kali ini aku buka sedikit ruang untuk menyelami genre buku seperti ini. 


Semakin banyak aku membaca, semakin banyak rupanya aku tak tahu. Ada juga kekadang, kita baca dan kita sudah tahu tapi malangnya tak cukup kekuatan pula untuk laksanakannya. Allahu. 


Kekadang ada orang pernah tanya, kenapa penggemar buku ini tak semuanya berjaya habiskan pembacaan tapi masih terus menerus membeli buku. Sebenarnya kalau ikut aku lebih gemar mencari ebook. Sebab semuanya boleh dibaca menerusi smartphone. Dan mudah untuk dibawa kemana-mana. Juga dapat mengelakkan persepsi orang yang mungkin akan menganggap kita macam-macam bila asyik memegang buku ke mana-mana. Tapi aku boleh katakan penulis-penulis buku di Malaysia ini mungkin belum sampai tahap membuat ebook lagi. Maksud aku penulis-penulis buku yang aku gemar baca. Katanya takut diciplak. Aku pun no komen. Sebab aku faham sangat. Bukan mudah nak hasilkan penulisan yang setebal beratus muka surat. Dapat pula kat orang yang tak bertanggung jawab, habis disebarnya secara percuma tanpa dapat sedikit pun komisen diberikan kepada penulis. Menjawab soalan kenapa masih nak beli buku lagi walaupun  uku sedia ada tak habis baca. Pada aku simple, supaya bila kita nak baca, buku itu dah sedia ada dengan kita. 

Celoteh pagi Rabu. Haha.

Wallahualam.

Comments