Bahagiakah kita?

Salam Ahad buat pembaca setia yang tak berapa nak ramai melawat  laman aku ni. Entah kenapa hari silih berganti hari makin kerap aku merenung diri ini yang masih dalam keadaan 'tersadai' dari perjalanan yang dahulunya deras mengikut arus menuju ke destinasi impian. 

Bahagia. Tak semudah itu nak merasainya walau ungkapannya mungkin kerap orang perkatakan seolah mudah untuk dikecapi tapi hakikatnya hanya empunya diri sahaja yang mampu merasai dan menikmatinya. 

Bahagia bukan terletak pada kejayaan dalam karier. Bukan juga terletak pada perkahwinan mahupun kurniaan cahaya mata. Definisi bahagia hanya terletak pada individu itu sendiri. 

Ada orang berniaga di pasar malam saja tapi bahagia dengan kehidupannya. Ada sahabat kerja sebagai supervisor di salah sebuah kedai elektronik tapi seronok berkongsi cerita pengalaman beliau hingga ke tahap itu dalam kerjayanya. Kita berjaya dalam kerjaya hingga mampu dihantar bertugas diluar negara, dikelilingi orang yang hebat sekalipun tak semesti bahagia. Orang kaya nampak macam bahagia tapi kita tak tahu rasa peritnya beliau nak memastikan sales atau kedudukan syarikat setiap hari maintain dan makin maju. Belum kira mereka yang berjaya dalam kerjaya tapi abaikan keluarga sendiri lagi lagi mereka yang sehingga tak dapat menyaksikan anak anak mereka membesar. Allahu. 

Apa yang boleh aku definisikan tentang bahagia ialah bila kita rasa bersyukur dengan apa yang kita ada dan tak membandingkan diri kita dengan orang sekeliling terutama mereka yang lagi 'berjaya' dari kita. Sebab itu kalau kita nak bersyukur, bandinglah diri kita dengan mereka yang lagi banyak di'uji'.

Sedikit perkongsian hasil dari pembacaan di ruang internet :


Semoga Allah memberkati hidup kita. Ameen!

Comments