Tuesday, 26 August 2014

Farewell dinner di Seoul Garden!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Tercapai jugak hajat untuk melantak di Seoul Garden. Adhock plan! Tengah2 training class tadi tetibe member ajak pekena Seoul Garden. Habis kelas terus shoot ke The Mines. Haha.

Thanks to Shaz, Afiq, Zul dan Shitah sebab luangkan masa dengan ambe. Tinggal tak sampai seminggu je lagi kita bersama. Lepas ni masing2 bakal berpecah mengikut haluan karier masing2. Yes! Di mana ada pertemuan di situ jugak ada perpisahan. Anyway, really grateful to know you all. Lets the pics describes!

Ayam mentah yang dihidang dengan berlainan rencah..

meja kami untuk fasa pertama makan.. hehe..

Muka tak sabar nak makan..

Chef Shaz khusyuk menggaul maggi tomyam..

Masing2 keluarkan ID kad untuk dapat potongan harga student.. 3 UniKL + 1 UiTM + 1 IIUM..

Dah kenyang tapi masih kental meneruskan makan..

perut dah kenyang.. tapi rasa macam baru makan untuk tak sampai RM20 ringgit.. Haha..

Muka dah kenyang.. 

Entah macam mana terdetik nak timbang berat dan ukur ketinggian kat The Mines tadi.. Nah result terbaru ambe.. Mohon rahsiakan dari pengetahuan yang berkenaan.. Hehe..

Thanks to Shaz sebab hantar ambe pulang sampai ke depan blok apartmentku. Seronok sembang pasal kereta dan industri otomotif dengan beliau. Banyak jugak beliau tahu pasal kereta. Sama ada beliau yag banyak tahu atau aku yang banyak tak tahu. Apepun wa salute sama lu bro! Haha.

Till then. Mata dah kuyu. Badan dah letih. Perut dah kenyang. Tiba masa kasi makan iman pulak. Lets perform solat before we sleep. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...