Weekend di JB
Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Weekend yang lepas tertunai jugak hajatku untuk menjejakkan kaki ke selatan Malaysia. Bukan tak pernah jejak, tapi seingat aku last time aku jejak masa umur bawah 10 tahun. Itupun seingat aku pun bersiar sekitar Mersing je. Haha.
Hajat sebenar jejaknya aku ke JB adalah untuk menghadiri dua sesi temuduga kerja. First temuduga hari sabtu untuk company SapuraKencana di Renaissance Hotel, Permas Jaya dan second temuduga hari Ahad untuk company Dyson Manufacturing Sdn. Bhd. di Le Grandeur Palm Resort, JB.
230814 >> 800am.. masih sibuk bersiap.. gosok baju dan kemas beg..
Nak dijadikan cerita, hari sabtu tersebut aku bertolak dari KL jam 830am dan aku baru dapat tahu interview SapuraKencana untuk freshgraduate candidates hanya dijalankan pada sesi pagi yakni sehingga sebelum jam 1230pm. Ape lagi, memang terus pecut tak hingat dunia. Habis semua benda aku abaikan. Bearing tayar kereta yang tak henti-henti bunyi. Meter minyak yang jatuh secara mendadak. Bunyi enjin yang tergantung akibat tak henti menekan pedal minyak. Hingga kelihatan polis trafik yang sibuk 'menembak' pun aku abaikan. Haha. Nampak tak betapa suspennya aku takut tertinggal interview SapuraKencana? Oil and Gas kot! Haha. Alhamdulilah, Allah masih izinkan aku sampai sana dalam keadaan selamat. Tiba sana sekitar jam 1150am. Tiba-tiba dapat tahu interview untuk freshgraduate tak dijalankan. Kami hanya diminta untuk menghantar resume je. What the fish! Nasib baik hajat utama turun JB bukan sebab SapuraKencana. Fuh!
Alhamdulillah, berkesempatan bersiar-siar sekitar Dangabay. Thanks to both my friend, Hafiz dan Koji yang bawak aku berjalan-jalan sekitar sana. Rasa eksaited pulak dapat lihat tanah Singapura dari Masjid Abu Bakar sekitar istana Johor. Haha.
Di sebelah malamnya pulak dapat meluangkan masa bersama sahabat sepersilatan dari UPNM, Asyiqin yang menetap di Kempas. Thanks sebab belanja satay malam tu di Restoran Warisan Wak Radol. Katanya satay tu sedap dan famous di area sana. Alhamdulillah, and thanks once again to her sebab recommendkan hotel bajet yang agak murah dan selesa di area Kempas. Hotel baru lagi. Namanya dah terlupa pulak. Haha. Then, malam tu sempat membelek-belek apa yang patut untuk persediaan interview Dyson keesokan harinya.
240814 >> 1030am..
Tiba masa untuk interview Dyson. Dup dap dup dap jantung bergetar. Nervous gile. Sebab aku tahu Dyson punya interview bukan interview biasa. Sampai je kilang die, tengok lengang je. Aku pun pelik dan terus menuju ke pondok guard. Terus kelam kabut aku bila dapat tahu interview bukan kat company tu tapi kat Hotel Le Grandeur Palm Resort. Terus set WAZE dan terus pecut ke sana. Nasib baik tak jauh sangat. Fuh!
Kali ni sampai je memang dah sesak ramai orang. Meja semua dah penuh. Then aku terus ke kaunter pendaftaran. Kelihatan banyak kotak2 yang tersusun rapi di bahagian belakang kaunter yang mana masing2nya tertulis jawatan2 yang ditawarkan. Rupanya kotak2 tersebut terisi borang dan soalan teknikal berbentuk soalan esei. What??!! Memang langsung aku tak ready untuk soalan teori. Aku hanya ready mental nak jawab soalan normal interview je. Mampuslah aku kali ni!
Aku pun mengambil kertas soalan teknikal tu dari urusetia dengan keadaan yakin. Orang kata muka kena yakin walaupun tak boleh jawab. Haha. Punyalah lama aku fikirkan jawapannya tapi satu pun tak terlintas. Aku pun tak pasti sama ada soalan ni susah sangat atau aku yang bodoh. Hahaha. Ok. Abaikan. Last2 hanya dapat jawab soalan terakhir yang lebih berbentuk pendapat dan hujah saja. Then, terus submit dan waiting for the call.
Tunggu punya tunggu, akhirnya terpanggil juga namaku. "NAZRUL AZAM!!" Langkah aku maju dengan penuh keyakikan dalam keadaan jantung berdegup semakin kencang. Aku terus di bawa ke meja interview.
Dekat sejam jugak rasanya diinterview. Soalan yang ditanya lebih kepada kreativiti dan pemahaman konsep. Dua soalan teknikal ditanya berkaitan 'Pick Up'. Yes! Honestly speaking aku tak tahu pun 'Pick Up' maksudnya kepala vacuum! Aku rasa bodoh kejap. Ade ke patut datang tempat orang tapi tak selidik awal2. Tapi masalahnya dah habis semalaman aku cari ape maksud 'Pick Up' tapi tak ketemui. Adui. Papepun alhamdulillah interview selesai. Fuh! Lega.
Sempat jumpa dan sembang dengan sahabat UIA yang juga attend interview tersebut. Then, tak lama lepas tu terus shoot ke rumah Asyiqin di Kempas. Hajat datang nak beraya tapi terus disajikan juadah makan tengahari. Siap ajak makan sekali dengan ayah dia. Serius segan gile. Haha.
Sebelum pulang ke KL sempat memenuhi hajat yang sekian lama tak tertunai iaitu melawat Legoland. Walaupun tak masuk kedalamnya, tapi bergambar di luarnya pun dah cukup. Cukup menjadi bukti jejaknya aku di sana. Bergerak pulang ke KL jam 545pm dan selamat sampai ke teratak sekitar jam 1100pm. Sampai bilik letak beg terus tidur. Zzzz.
What a hectic day for me. Drive all the way from JB to KL. Alone. Anyway, alhamdulillah Allah has granted me a safe drive all the way. Thanks Allah!

Comments
Post a Comment