Good bye 2016! Welcome 2017!
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah wa syukurillah atas ruang dan peluang untuk menulis satu titipan terakhir untuk tahun 2016. Banyak betul rasa perkara yang terjadi tahun ini. Ada yang menyeronokkan dan ada yang menduka citakan. But indeed its normal. That's life isn't? Fokus ku untuk penulisan kali ini hanyalah untuk menyimpul segala aktiviti-aktiviti yang telah aku lalui sepanjang tahun ini. Juga sejauh mana terlaksananya azam 2016 yang telah ku pasang dahulu. Ada yang tercapai ada yang kecundang tengah jalan dan ada juga yang kecundang di saat akhir sebelum ianya terlaksana. Apa pun aku tetap bersyukur sebab natijahnya membuatkan aku lebih terbuka minda dan mata terhadap sekeliling. Alhamdulillah. So kat mana agaknya nak mula? Haha. 1. Karier Alhamdulillah dalam dunia karier ku setakat ini, aku berjaya berada di landasan yang betul. In fact bak kata sahabatku aku antara budak batch aku yang berjaya bekerja di dalam bidang yang dipelajari. Tambahan bidang kerja ak...