Berhujung minggu di Kyoto dan Nara | Part II
Assalamualaikum w.b.t. Sambungan dari penulisan sebelum ini. Episod permusafiranku kali ini adalah sekadar pengisian yang kami lakukan di hujung minggu. Al-maklum hari weekdays, lebih sepuluh jam kami berada di dalam kilang DMC. Maka untuk aktiviti tuning kali ini memakan masa dua minggu dan cuti hujung minggunya kami telah merancang sedikit aktiviti sight seeing sekitar Jepun. Sebenarnya yang memulakan perbincangan mengenai aktiviti sight seeing ini ialah Nakayama-san. Dia dah mula berdiskusi perihal tempat-tempat yang nak dilawati sejak masih berada di Malaysia lagi iaitu menerusi email ketika kami sedang giat membincangkan perihal urusan tempahan hotel dan sedikit penyediaan dokumen-dokumen kerja. Nampak tak sebenarnya siapa yang terlebih semangat ni? Haha. Dan setelah beberapa hari kami membincangkan perihal aktiviti hujung minggu kami, maka tercapai sudah kata putus untuk kami melawat tempat-tempat berikut : 1. Kurama Mountain Temple 2. Kyoto Islamic Center...