Isu PhD Azizan Osman. Ke mana hala tujunya?

Assalamualaikum w.b.t.

[ KENYATAAN RASMI ]

Kecewa dalam respek. Itulah yang aku mampu ungkapkan terhadap isu yang tengah hangat diviralkan di semua dada-dada akhbar mahupun di media sosial berkaitan PhD palsu Tuan Azizan Osman. Ikutkan aku tak ingin mengulas panjang berkaitan isu ini tapi bila keterangan dan kenyataan dari kedua-dua pihak telah pun dikeluarkan secara rasmi, aku terpanggil untuk mengulas serba-serbi dari sudut pandanganku berkaitan isu tersebut.




Untuk kenyataan RASMI yang dikeluarkan oleh pihak Richworks, boleh rujuk terus ke akaun fb : Azizan Osman

Bulan lepas baru saja aku selesai menuntut dengan insan yang bernama Azizan Osman ini di dalam salah satu seminarnya bernama IMKK. Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan.  Dan sebelum-sebelum itu jugak aku selalu dengar potongan video kata-kata motivasi beliau menerusi fb dan youtube. Sejujurnya pengalaman dan ilmu beliau memang mantap. Tak dinafikan. Malah aku dah anggap beliau sebagai mentorku. Walau tak pernah bertegur sapa dan hanya mendengar menerusi media sosial. Tak mustahillah kalau ramai diluar sana yang terlalu mengagungkan dia. Ok. Done with the introduction. Now lets move to the main part.

Di IMKK September 2016, PGRM Cheras.

Yang pertamanya aku nak betulkan sikit persepsi orang yang anti-AO terhadap mereka yang dikatakan terlalu mengagungkan AO bila mengatakan "bukan gelaran yang nak dilihat, tapi seberapa banyak orang yang beliau dah bantu". Sebenarnya aku lihat mereka ini bukanlah 'taksub' dengan AO, tapi sebab mereka rasa terhutang budi yang teramat menyebabkan kesalahan tipunya tak memberi apa-apa kesan terhadap kepercayaan yang mereka ada terhadap AO. Ye lah. Kita bayangkan seseorang yang sangat terdesak dengan hidup, berhutang keliling pinggang, ada yang pernah dikejar along, ada pulak yang terpaksa gadai harta pusaka untuk teruskan hidup. Tiba-tiba ada seseorang hadir dalam hidup beliau dan bantu beliau untuk mencapai satu tahap kekayaan yang telah merubah hidupnya 360 darjah. Siapa tak terhutang beb! Bukan isu rezeki itu datang dari Allah. Itu memang tak dapat dinafikan. Allah yang salurkan semua bentuk rezeki. Cuma kali ini medium yang Allah dah aturkan ialah menerusi AO. Tapi nak katanya di sini, bila kita dah sangat terhutang budi kat seseorang, kita akan anggap kesalahan-kesalahan yang takde kene mengena dengan kita sebagai benda yang remeh. Lagi-lagi buat mereka yang langsung tak terkesan dengan pangkat PhD sebaliknya mendapat kesan positif terhadap perubahan hidup hasil dari menuntut dengan beliau. Pada aku simple, mengeluarkan pendapat dan pandangan adalah hak individu. Kita tak boleh nak halang orang berkata atau mengulas. So tak perlu nak mark orang sana sini taksub bagai. Sebab adat berguru, bila guru dicaci, anak murid tampil memberi ruang solusi. Tapi tak dinafikan juga, ada sebilangan mereka yang terlampau taksub dengan AO. Hinggakan memberi respon agresif terhadap mereka yang anti-AO. Sebenarnya kita sendiri boleh nilai seseorang itu sama ada taksub atau terhutang budi dengan beliau dari cara mereka respon tentang isu ini. Lihat pada hujahnya. Lihat pada pilihan katanya. Itu pun sudah cukup jelas.

Untuk mereka yang anti-AO pula, tak perlu rasanya nak memberi komen yang agak keterlaluan dalam ruangan komen di post-post berkaitan isu ini. Siap sumpah seranah bagai. Ada pulak bisnesman-bisnesman yang yang baru 2 3 tahun berbisnes pun komen seolah mereka dah berjaya dalam bisnesnya untung berbillion. Yes. Aku faham korang sangat pantang dengan orang yang menyalah gunakan integriti title Dr. itu, menipu pulak tu, tapi korang tak sedar ke lagi banyak kata-kata kesat atau negatif yang korang lemparkan respon untuk isu ini, lagi terpampang la sikap sebenar korang. Tapi kekadang ada bagusnya jugak, sebab orang kata ramai bisnesman-bisnesman baru ni hipokrit. Sebab nak bisnes, ada yang buat networking dengan cara yang salah. Penuh dengan agenda. Bukan betul-betul niat untuk bagi manfaat kat orang lain. Sebaliknya nak kan sesuatu di atas sesuatu. Bila jadi macam ni baru la kita betul-betul kenal, siapa kawan siapa lawan. Yang mana madu. Yang mana satu racun. Tak semua macam tu, tapi ada. Terpulang korang nak fikir apa. Tapi pendapat aku sejujurnya kalau dia betul tipu, memang aku sangat marah dan against dengan perbuatan tu. Siapa kenal aku akan tahu aku seorang yang sangat pantang bila orang menipu. Tapi sejauh mana respon kita itu dapat betulkan keadaan itu yang kita kena consider. Agak-agak kalau komen ayat-ayat pedas kesat semua tu mampu tak betulkan keadaan? Takde masalah rasanya kita respon secara berhemah dan mengatakan perbuatan seperti ini tak patut terjadi dan diikuti oleh para bisnesman baru ni. Dan aku faham juga, kebanyakan mereka yang sangat marah dengan tindakan beliau menipu PhD itu merupakan mereka yang sangat faham tentang kesusah payahan dan cabaran mendapatkan segulung ijazah kedoktoran tersebut. Tak dinafikan, nak siapkan final year projek peringkat sarjana muda pun dah nak pecah kepala, ini pulak nak kene defend tajuk thesis depan professor-professor bertauliah. Tapi nak katanya, apa kita dapat pun kalau menyumpah seranah orang atas tindakan salah seseorang? Ada mampu ubah apa-apa?

Kepada Tuan Azizan Osman pula, saya sangat kecewa dengan cara tuan menyettlekan isu ini. Kalau betul tuan ada kelayakan tersebut, kenapa tidak ditunjukkan saja sijil kelayakan tersebut. Tak perlu nak kata sijil ini dari universiti sekian-sekian. Dr. Rozaimi dan Dr. MAZA pernah juga dipertikaikan kelayakan PhDnya, tapi lantas menampilkan sijil yang mereka perolehi di media untuk membuktikan integriti mereka sebagai pendakwah dan pensyarah yang memiliki kepakaran dalam bidang mereka. Tak cukup itu, mereka juga pernah membentangkan tajuk thesis mereka serta mengemukakan reference pensyarah yang menjadi examiner thesis mereka. Takde masalah pun kalau kita ni di pihak yang benar. Tapi tindakan tuan setakat ini lebih kepada ingin menyembunyikan kebenaran. Antara tindakan yang saya rasa lagi menimbulkan keraguan terhadap kenyataan tuan mengatakan tuan betul memiliki PhD ialah :

1. Tuan gagal tunjukkan sijil kelayakan PhD tuan.
2. Tuan tak tampil sendiri menegakkan kebenaran jika tuan di pihak yang benar.
3. Tuan padamkan kelayakan tuan di website rasmi Richworks - PhD Enterpreneurship UM

Sebelum

Selepas

4. Gelaran Dr. pada mulanya tuan padamkan lepas isu UM keluarkan kenyataan, dan selepas keluarnya kenyataan rasmi dari pihak tuan mengatakan PhD tuan dari Uni di UK, tuan terus letakkan kembali title Dr. tanpa meletakkan jugak kelayakan tuan di ruangan sebelum ini.

Sebelum

Selepas

5. Kenyataan yang diragui dari pihak tuan. Kenapa perlu menyatakan kelayakan PhD tuan di UM atas sikap tak bertanggungjawab orang tertentu sedangkan kalau tuan betul memiliki sijil PhD berkaitan, tuan tak perlu menyalahkan orang lain sebaliknya hanya menunjukkan sijil tersebut.


6. Akaun Linkedin berkaitan academic background tuan, kelayakan academic dari diploma - sarjana - phd telahpun tuan delete. Nampak sangat tuan sendiri meragui kelayakan yang tuan miliki.


Maaf. Sejujurnya niatku bukan untuk membuka aib beliau. Tapi teringin sangat mendapatkan penjelasan yang terus dari diri beliau sendiri. Sekadar nasihat dari seorang yang pernah menjadi murid tuan bulan lepas, kalau diri itu salah, tolong mengaku dan memohon maaf. Kalau di pihak yang benar, profesional dalam tindakan. Tak perlu bersembunyi. Ternanti juga saya video live dari pihak tuan sejak belakangan ini. Tuan antara beberapa public figure yang saya nantikan video livenya di fb.

Wallahualam.

Nazrul Azam
12:41am
10/10/2016
Omihachiman, Japan

Comments