Berhujung minggu di Kyoto dan Nara | Part II

Assalamualaikum w.b.t.

Sambungan dari penulisan sebelum ini. Episod permusafiranku kali ini adalah sekadar pengisian yang kami lakukan di hujung minggu. Al-maklum hari weekdays, lebih sepuluh jam kami berada di dalam kilang DMC. Maka untuk aktiviti tuning kali ini memakan masa dua minggu dan cuti hujung minggunya kami telah merancang sedikit aktiviti sight seeing sekitar Jepun. Sebenarnya yang memulakan perbincangan mengenai aktiviti sight seeing ini ialah Nakayama-san. Dia dah mula berdiskusi perihal tempat-tempat yang nak dilawati sejak masih berada di Malaysia lagi iaitu menerusi email ketika kami sedang giat membincangkan perihal urusan tempahan hotel dan sedikit penyediaan dokumen-dokumen kerja. Nampak tak sebenarnya siapa yang terlebih semangat ni? Haha.

Dan setelah beberapa hari kami membincangkan perihal aktiviti hujung minggu kami, maka tercapai sudah kata putus untuk kami melawat tempat-tempat berikut :

1. Kurama Mountain Temple






2. Kyoto Islamic Center





3. Bamboo Forest Arashiyama







4. Fushuminani Temple




Dan pada sebelah malamnya, kami telah menginap di Lake Forest Resort yang terletak lebih kurang setengah jam dari bandar Nara. Agak mahal kosnya satu malam. Untuk menjimatkan kos, kami telah berkongsi satu bilik dengan menelan kos sebanyak JPY31,500 satu malam. Tapi view dari jendela bilik kami sangat superb! Dengan pemandangan padang golf yang terbentang luas. Juga disediakan perkhidmatan hot spring, swimming pool, dan macam-macam lagi. Padanlah harganya pun dah mahal. Apapun niat kami hanya untuk bermalam dan bersarapan pagi pada keesokan paginya kerana di sekitar kawasan ini memang kawasan luar bandar bermakna nak mencari restoran sangat sukar. Belum kira nak memilih makanan mana yang aku boleh jamah lagi. Cabaran seorang muslim menetap di negara bukan Islam. Sumber makanan halal menjadi keutamaan.




Pada keesokan harinya, kami check out tepat jam 11.00 pagi iaitu waktu terakhir sepatutnya kami check out sebelum kami dikenakan charge. Untuk aktiviti kami sepanjang hari ini, hanya beberapa tempat saja sempat dilawat. Antaranya :

1. Nara Park




2. Todaiji Temple





3. Nara machi



4. Gangouji Temple





Selesai saja kami menerjah beberapa lokasi seperti yang dinyatakan di atas, lebih kurang jam 5.00 petang kami bertolak pulang ke Omihachiman. Tiba di Omihachiman sekitar jam 7.00 malam. Disebabkan perut masih kekenyangan makan tengahari agak lewat, kami hanya membeli makanan di pasaraya dan makan di bilik hotel bila perut terasa lapar. Alhamdulillah. Syukur. Perjalanan dan perancangan berjalan dengan lancar sepanjang permusafiran dua hari suntuk.

Masih berbaki tiga hari saja lagi untuk menyettlekan urusan kerja di sini. Selepas itu akan bergerak ke Osaka untuk bermalam di sana dan kembali ke Malaysia pada keesokan harinya. InsyaAllah akan kongsikan juga aktiviti kami untuk hari terakhir kami di sini di post akan datang.

Wallahualam.


Nazrul Azam
Omihachiman Station Hotel
19/10/2016
1:08am

Comments