Trip KORGA Kompres 2H1M 2016
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah wa syukurillah tertunai sudah satu lagi azamku untuk tahun ni iaitu untuk menawan sekurang-kurangnya 3 gunung G7 dari kesemuanya 7 gunung. Untuk mereka yang tak tahu, di Semenanjung ni ada 7 buah gunung tertinggi yang menjadi idaman para-para hikers Malaysia untuk menawannya dan ada juga yang memperkenalkan istilah Graduan G7 kepada mereka yang telah berjaya menawan ketujuh-tujuh buah gunung tersebut. Gunung-gunung yang dimaksudkan ialah :
1. Gunung Tahan, Pahang(2187m)
2. Gunung Korbu, Perak (2183m)
3. Gunung Yong Belar, Perak/Kelantan (2181m)
4. Gunung Gayong, Perak (2173m)
5. Gunung Chamah, Kelantan (2171m)
6. Gunung Yong Yap, Perak/Kelantan (2167m)
7. Gunung Ulu Sepat, Perak/Kelantan (2161m)
Alhamdulillah. 3 buah darinya telah berjaya ku tawan dalam tahun ini. Tapi masih ade berbaki 3 bulan lagi. Mana tahu kot ada juga sebuah lagi bakal ditawan tahun ni. Hehe.
Seperti hiking-hiking sebelum ini, untuk ekspedisi kali ni aku join group Sailang & Sentap Hikers yang diketuai oleh Abg Jebat dan Kak Raihan. Berikut adalah line up untuk pendakian kali ni :
1. Abg Jebat (Sweeper)
2. Kak Raihan (Sweeper)
3. Zamy (Shooter)
4. Nazrin Shah Zainal
5. Afiq Mat Aris
6. Jihan
7. Syafiq
8. Shahrul
9. Nazrul Azam
10. Kak Haliza
11. Amani
Tarikh : 24-25 September 2016 (Trip Kompres 2H1M)
( Starting Point - Air Terjun Balak - Kem Seroja - Kem Kijang - Last Waterpoint - Kem Balak - Puncak Cuban - Puncak Korbu - Permatang - Puncak Gayong )
Alhamdulillah wa syukurillah tertunai sudah satu lagi azamku untuk tahun ni iaitu untuk menawan sekurang-kurangnya 3 gunung G7 dari kesemuanya 7 gunung. Untuk mereka yang tak tahu, di Semenanjung ni ada 7 buah gunung tertinggi yang menjadi idaman para-para hikers Malaysia untuk menawannya dan ada juga yang memperkenalkan istilah Graduan G7 kepada mereka yang telah berjaya menawan ketujuh-tujuh buah gunung tersebut. Gunung-gunung yang dimaksudkan ialah :
1. Gunung Tahan, Pahang(2187m)
2. Gunung Korbu, Perak (2183m)
3. Gunung Yong Belar, Perak/Kelantan (2181m)
4. Gunung Gayong, Perak (2173m)
5. Gunung Chamah, Kelantan (2171m)
6. Gunung Yong Yap, Perak/Kelantan (2167m)
7. Gunung Ulu Sepat, Perak/Kelantan (2161m)
Alhamdulillah. 3 buah darinya telah berjaya ku tawan dalam tahun ini. Tapi masih ade berbaki 3 bulan lagi. Mana tahu kot ada juga sebuah lagi bakal ditawan tahun ni. Hehe.
Seperti hiking-hiking sebelum ini, untuk ekspedisi kali ni aku join group Sailang & Sentap Hikers yang diketuai oleh Abg Jebat dan Kak Raihan. Berikut adalah line up untuk pendakian kali ni :
1. Abg Jebat (Sweeper)
2. Kak Raihan (Sweeper)
3. Zamy (Shooter)
4. Nazrin Shah Zainal
5. Afiq Mat Aris
6. Jihan
7. Syafiq
8. Shahrul
9. Nazrul Azam
10. Kak Haliza
11. Amani
Tarikh : 24-25 September 2016 (Trip Kompres 2H1M)
( Starting Point - Air Terjun Balak - Kem Seroja - Kem Kijang - Last Waterpoint - Kem Balak - Puncak Cuban - Puncak Korbu - Permatang - Puncak Gayong )
Tiba di sini sekitar jam 750 pagi. Tapi kelihatan pintu pagarnya masih tertutup erat. Terpaksa menanti Jebat untuk panggil mereka yang bertugas untuk membukanya.
Kak Raihan, Jebat, Afiq, Jihan, Aku, Amani, Kak Haliza, Shahrul, Syafiq, Zamy, Nazrin (pegang GoPro-tengah tangkap gambar ni). Sedikit taklimat sebelum memulakan ekspedisi. Hanya kami bersebelas (4 bijik kereta) sahaja yang mendaki hari ini.
Dengan lafaz bismillah, kami memulakan pendakian sekitar jam 840 pagi. Trek masa mula-mula masih landai dan mula berbukit sikit lepas hampir setengah jam trekking.
Tak sampai campsite pertama dah kena cramp kaki aku. Haha. Parah. Ini la nasibnya bila langsung tak training terus redah G7. Tapi punca sebenarnya sebab air sungai tu sejuk gilaa. Serius. Dah lama tak berendam dalam air sejuk sekali cramp terus kaki. Haha. Thanks to the team tolong aku masa cramp hari tu. Really appreciated it.
Acah-acah tak cramp bila depan gopro. Padahal kaki kiri tu dah cramp habis. Haha.
Terehat lama sikit kat sini sebab nak kasi kaki yang cramp ni ok. Sorry guys jadi punca team lambat sikit naik. Hehe.
Di Air Terjun Balak. bak kata sesetengah orang sini kalau tak mandi kat sini memang tak layak kata dirinya dah tawan gunung ni. Nampak macam rendah je air terjunnya kan? Padahal tinggi gila kot.
Alhamdulillah, dengan kudrat kaki yang tak berapa nak ok berjaya juga sampai ke tapak campsite yang pertama. Kem Seroja.
Mereka ni takde jantung. Kaki kuat. Memang naik laju saja macam takde perasaan. Ehh. ke aku yang tak cukup fit. Haha. Mereka ni kaki hiking ok! No wonder kaki kuat macam konkrit.
Shahrul. Orang pertama yang mengajak aku join ekspedisi kali ni. Thanks bro!
Laluan naik terhalang dek ade pokok yang tumbang. Sementara menanti abe Jebat untuk bukak jalan baru. Pendakian menuju ke campsite kedua. Kem Kijang.
Untuk pendakian menuju ke Kem Kijang ni, kaki aku agak kritikal. Tahap crampnya dah meliputi bahagian betis, lutut dan peha. Siksa tu jangan nak cakap. Maka kami bertiga, aku Jihan dan Amani agak tertinggal di belakang bersama sweeper. Tapi nak dijadikan cerita, aku agak push sikit untuk nak sampai ke Kem Kijang. Then aku terputus dengan 'geng' sweeper dan keseorangan. Dan pada ketika itu juga aku telah di 'sapa'. Malas nak cerita detail, yang penting aku mula meremang terus hilang sakit cramp kaki aku pecut terus sampai ke Kem Kijang. Haha. Ajaib! Positively thinking, mungkin Allah hantar 'benda' tu nak kasi aku cepat sikit sampai kot.
Alhamdulillah. Selamat sampai di campsite kedua, Kem Kijang. Sampai-sampai saja tengok dorang dah mentekederah. Masing-masing pegang plastik yang berisi nasi padprik yang telah dibungkus dan diagih-agihkan masa di bawah tadi. Aku pun dalam keadaan kaki yang kembali sakit, terus menanggalkan kasutku dan mengurutnya menggunakan Counter Pain. Selesai mengurut kaki terus mengalas perut makan bekalan yang disediakan. Tapi disebabkan aku mengalamai sakit saluran makanan (oesophagus) - mungkin luka, aku hanya mampu makan separuh dari bekalan saja. Siksa bak ang!
Tengah-tengah makan, geng yang bersama sweeper sampai. Terus lunch dan berkumpul untuk buat short meeting. Sebenarnya misi kami untuk camping di Puncak Korbu. Tapi disebabkan ada antara kami yang injurd dan kemungkinan akan tiba lewat di Puncak Korbu, maka kami pun menukar plan untuk bermalam di next campsite, Kem Balak.
Sebelum tiba di Kem Balak, kami berhenti di water point terakhir untuk isi dua botol air besar seorang untuk dibawa ke Kem Balak. Di sana juga kami ambil peluang untuk solat jama' qasar.
Alhamdulillah. Selamat tiba di Kem Balak! On the way naik tetibe hujan lebat. Terus bawak keluar poncho. Yang lain nampak macam redah saja hujan-hujan gini. Maaf lah diri ini sensitif sikit dengan hujan. Kalau hujan rintik pun boleh demam, ini pulak hujan lebat. Haha.
This is our camp site! Di Kem Balak. Betul-betul muat untuk pasang dua khemah saja. Nasib baik pendakian kali ini group kami saja. Kalau tak, mungkin berebut jugak tapak nak dirikan khemah. Kem ini jugak terletak betul-betul di puncak. View sekeliling sangat superb! Boleh nampak kelibat puncak Korbu dan Gayong dari sini. Sejuknya jangan nak kata tambahan lepas hujan pulak tu. Menggigil satu badan. Haha.
Tibanya kami di Kem Balak terus bawak keluar fly ground untuk dirikan khemah memanjang. Ration masing-masing bawak keluar dan Jebat terus mainkan peranan untuk setup dapur dan masak makan malam kami. Dinner malam tu nasi putih ayam masak merah dan sayur. Air kopi telah jadi air rasmi trip kali ni. Di mana ada Kak Haliza, di situ ada air kopinya. Hehe. Selesai saja dinner, masing-masing kemas tempat tidur dan bersiap apa yang patut untuk hiking naik ke Korbu seawal 3.50 pagi esoknya. Sebelum tidur as usual tunaikan solat jama' qasar untuk Maghrib dan Isyak. Alhamdulillah, trip kali ni aku berpeluang bawak kompas dan spray wudhuk. Sangat berguna bila dalam keadaan macam ni.
Seawal jam 2 pagi, Jebat dah mula melalak mengejutkan kami yang sedang dibuai mimpi. Tapi macam biasa, bukak matanya memang jam 2 pagi tapi bangkitnya jam 3 pagi. Haha. Masing-masing bersiap dengan headlamp, baju sejuk dan daypack beg berisi makanan sarapan meehun dan sebotol air. Dan bermulalah pendakian kami seawal jam 3.50 pagi menuju ke Puncak Korbu melintasi Puncak Cuban.
Bila hiking tengah malam ni rasa macam sekejap saja dah sampai ke Puncak Korbu. Serius tak tipu. Haha. Alhamdulillah. Setelah satu jam setengah pendakian lebih kurang jam 5.20 pagi kami tiba di Puncak Korbu. Berada di sana lebih kurang setengah jam. Berehat, bergambar dan ada yang membuang 'hajat'. Mula kembali bergerak menuju ke Puncak Gayong pula sekitar jam 5.45 pagi. Dan dalam perjalanan ke Puncak Gayong, kami berhenti seketika untuk menunaikan solat Subuh. Ada juga yang ambil peluang untuk refill tenaga makan sarapan yang dibekalkan tadi.
Alhamdulillah. Sekitar jam 7.30 pagi kami tiba di Permatang. Sangat awesome view dari sini. Lama jugak tersekat kat sini sebab nak bergambar. Haha. Sebelum kami tiba di sini, kami telah meredahi mossy forest yang sangat lawa tapi disebabkan trip kali ini kompres dan penjagaan masa sangat perlu, so kami hanya berhenti di tempat tertentu saja. Kalau nak selalu stopby bergambar rasanya boleh cari trip santai 3 4 hari. Nak stop satu jam bergambar pun takpe. Haha.
Alhamdulillah. Tepat jam 7.55 pagi kami telah selamat tiba di Puncak Gayong. Yeah! Sahabatku Jihan (yang injurd kaki) terus melakukan sujud syukur seusai tiba di sana. Mana taknya, semalam bila tiba di Puncak Kem Balak niat beliau hanya ingin mendaki sampai ke situ saja. Tak larat katanya nak teruskan hingga ke puncak. Tapi setelah di'basuh' oleh kami semua, digagahkan diri jugak untuk naik ke sini dan alhamdulillah, tercapai jugak misinya untuk menawan kedua-dua puncak Korbu dan Gayong. Congratz bro! and congratz to myself too. Hehe. Dan apa lagi, bermulalah sesi bergambar kami. Dan macam biasa ada yang mengambil peluang untuk mengalas perut, menghabiskan bekalan sarapan, makan biskut, makan snek, minum air kopi dan membuang 'hajat'.
Disebabkan kami agak rushing, hanya setengah jam saja kami peruntukkan untuk berada di puncak Gayong. Selesai merakamkan detik sejarah kami di Puncak Gayong, kami terus bergerak kembali menuju ke Puncak Korbu untuk bergambar kenangan kali terakhir sebelum kami kembali ke campsite. Masa ni seriusly dah dehydrated. Jangan kata otot kaki kejang bagai, siap nak pitam lagi. Sampai saja di Puncak Korbu terus campak beg dan terduduk sambil ambil nafas untuk meredakan keadaan. Bekalan air pulak dah berkurangan, perjalanan nak sampai ke Kem Balak masih jauh. Nasib baik Kak Haliza ada bawak satu botol besar air. Terus mental kembali normal. Haha.
Di Puncak Korbu, kami hanya ambil masa lebih kurang 10 15 minit saja untuk bergambar. Cuma aku mungkin dekat 20 minit jugak gara-gara nak merehatkan sikit otot kaki dan pewai aku ni. Haha. Alas perut dengan segigit dua snickers dan beberapa teguk air, terus aku sambung misi menuruni puncak Korbu menuju ke campsite kami di Kem Balak bersama team sweeper.
Alhamdulillah. Lebih kurang jam 12 tengahari kami berjaya turun sampai ke campsite Kem Balak dan kelihatan semua yang dah tiba lebih awal telahpun mula berkemas-kemas untuk bergerak turun. Aku pula ambil masa untuk redakan diri yang dah pewai teramat, pekena lunch nasi lemak bersama kopi O hasil air tangan Jebat dan Kak Raihan dan terus berkemas-kemas. Setelah semua berkemas, dengar sedikit taklimat dan kami terus bergerak turun.
Untuk perjalanan turun, kami hanya berhenti seketika di Waterpoint (untuk refill air), Kem Kijang (rendamkan kaki selama setengah jam) dan Air Terjun Balak. Dan untuk perjalanan turun ini macam biasa agak speed. Kaki memang barai habis! Tapi memang tak rasa pewai sebab trek menurun. Sekitar jam 415 petang kami tiba di Air Terjun Balak. Antara team paling laju yang pernah tiba di Air Terjun Balak setakat Jebat bawa team hiking ke sini. Katanya rekod team-team sebelum ni bila tiba di Air Terjun Balak (masa turun dari puncak) mesti langit dah gelap. Tapi kali ini masih cerah. Bangga kejap. Haha. Memang hajat bertapak lama sikit di sini untuk mengalas perut, tunaikan solat dan mandi manda sikit. Team sweeper (Jebat, Raihan, Amani dan Jihan) tiba di Air Terjun Balak sekitar jam 5.20 petang.
Lebih kurang jam 600 petang, kami terus bergerak turun menuju ke starting point. Alhamdulillah, jam 7.10 malam aku berjaya sampai ke starting point bersama Shahrul, Syafiq, Kak Haliza dan Zamy. Geng kedua (Afiq dan Nazrin) tiba lebih kurang beberapa puluh minit selepas tu. Dan last trip (Jebat, Raihan, Jihan dan Amani) tiba selepas pukul 8 malam. Apepun alhamdulillah kami berjaya tamatkan ekspedisi ini dengan jayanya. Bersyukur sangat walau banyak ujian yang aku lalui, Allah dah berikan kekuatan untuk aku redahi kesemuanya.
Berbekalkan zero fitness bersama dengan mereka yang berfitness. Pewai jangan nak cakap. Sakit gigi. Sakit lutut. Brake pad haus. Lower arm bush pecah. Kereta buat hal last minit. Sakit saluran makan. Bangun tidur sakit dada. Masa mendaki cramp dipertengahan jalan. Di'tegur' dalam pendakian. Tapi aku percaya, ramai lagi yang diuji jauh lagi mencabar untuk mencapai matlamat mereka. Alhamdulilah. rasa puas sangat bila berjaya naik dan turun dalam keadaan selamat dan rekod team yang paling laju sampai bawah. Hehe. Seronok sebenarnya bersama dengan team yang sentiasa utamakan seruan ilahi mengatasi impian peribadi.
Bila kita letakkan satu matlamat dan berusaha untuk mencapainya dengan kebergantungan 100% kepada Allah, insyaAllah Allah akan bantu. Ujian itu pasti. Kecapinya itu rezeki. Alhamdulillah. Rezekiku kali ni. Korga Kompres 2H1M done! Mission accomplished. Thank to Sailang & Sentap Hikers Team sebab beriku peluang dan tunjuk ajar sepanjang pendakian kali ini. Moga kita bertemu lagi di ekspedisi seterusnya. InsyaAllah.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment