Cuti Nak Habes! Tapi Silat aku tak habes2 lagi~

Assalamualaikum.

Dah lama bebenor rase nyer aku tak mengupdate kan ape-ape kat dalam blog aku ni. Nak kata busy dengan belajar, ni dah sampai nak habes cuti dah. Mungkin rase dah agak bosan menulis kot. Atau mungkin terlalu sibuk dengan komitmen luar, e.g : Silat. Hmm.

Cuti aku dah tinggal lagi 4 hari jer. Hari Ahad ni dah nak kene check in masuk mahalah. Barang-barang macam biase tak ready pape lagi. Last minit packing. Tapi bila aku pikir-pikir balek macam cepat jer cuti aku ni berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak habes dah. Ape yang aku buat yer waktu cuti ni? Hmm. Aku rase cam terasa kosong jer. Takde input pape pun aku dapat waktu cuti ni. Member semua ade yang keje untuk timba pengalaman ngan kumpul duit, pastu ade yang terlibat dengan kem-kem agama dan macam-macam. Tapi aku ni aku rase cam 24 jam jer aku bersilat. Mungkiin sebab minat kot atau hobi aku.

Semalam result untuk semester sebelum ni keluar. Overall CGPA tersasar sikit dari aku punya target. Mungkin sebab masa aku final tu asyik sibuk bersilat kot. Nah! ni la akibatnya. Tapi aku tetap redha dengan ketentuan-NYA.

Alhamdulillah

Sekarang ni aku telah diberi amanah untuk membawa gelanggang silat sekolah lama aku sebagai Jurulatih. Then mase-mase aku cuti ni pulak la banyak demo kene buat. So, mungkin sebab tu kot aku busy. Plus dorang pulak ade yang terlibat dengan kejohanan-kejohanan luar. Hujung minggu ni jer dah ade dua kejohanan yang aku kene attend iaitu Kejohanan Pencak Silat Sekolah-Sekolah Negeri Selangor dan Kejohanan Pencak Silat Remaja Kebangsaan Gayong. Hmm. Ade la 2 kategori silat seni wakil dari sekolah aku. Huhu.

Demo Silat Perpisahan PK (Pn Aida)

Demo Silat Alu2an YB Timb Menteri Pelajaran

Kejohanan Silat MSSD Gombak 2011

Mungkin kejohanan hujung minggu ni merupakan penutup tirai cuti semester aku untuk kali ni. Huhu. Insyallah setakat ni jer dulu untuk kali ni. Di lain waktu kita mengupdate lagi. Wallahualam.

Comments