Hakikat yang TERPAKSA aku Terima..

Assalamualaikum.

Mohon maaf dari pihak penulis sendiri kerana terpaksa mengabaikan laman Blog Seuntai Kata hampir sebulan lamanya. Kesibukan yang melanda penulis kini semakin kritikal tambahan bukan sahaja sibuk menghadapi short sem malah terpaksa fokus untuk latihan persediaan menghadapi kejohanan silat yang akan datang. Hmm.

Namun, aku masih tak dapat terima hakikat bahawa aku kini sudah sampai ke usia 21 tahun. Senang cerite aku dah boleh mula mendaftar untuk mengundi pilihanraya. Tapi aku langsung tak berminat nak cakap pasal politik kat sini. Sebenarnya, umurku sekarang ni telah menyebabkan tahun lepas merupakan kali terakhir aku melibatkan diri dalam Sukan Malaysia (SUKMA). Diri ini terasa sedih sangat kerana tak dapat merasai peluang kali kedua untuk libatkan diri dalam sebuah temasya sukan yang besar peringkat Malaysia tu.

So, sekarang ni aku masih teruskan training tapi untuk persediaan menghadapi Game Open. Ade jugak Coach aku mintak bantuan sikit2 menolongnya mempersiapkan pesilat-pesilat elit selangor untuk Sukan Selangor (SUKSES) yang menjelang tiba. Hmm. Gudluck untuk semua.

Disebabkan kelas aku untuk short sem ni hanya pada hari Selasa dan Khamis sahaja, setiap hari Jumaat aku akan turun training kat Pusat Latihan Silat Seni Selangor di Sg Penchala Damansara sehingga hari Ahad. Hari Isninnya aku akan gunakan untuk menyiapkan assignment2 aku. Huhu. Begitulah rutin mingguanku untuk short sem kali ni. Agak pack tapi itulah hakikat yang aku terpaksa akur sebagai rutin seorang atlit. Huhu.

Insyallah sekadar perkongsian. Setakat ni jer dulu. Kalau ade masa aku update lagi. Wallahualam.

Comments