Thursday, 5 May 2011

Kulit Lupakan Kacang! Hmm.

Assalamualaikum.

Aku tak paham kenapa wujudnya istilah kacang lupakan kulit. Maksud aku kenapa orang zaman sekarang cepat sangat lupakan diri. Dulu masa susah-susah punyalah cari kita, mengendeng dengan kita nak belajar sesuatu dari kita. Then bile dah berjaya die boleh lupekan kite malah ade yang siap mencaci-maki kita yang dahulunya merupakan guru kepadanya.

Ibarat Kacang Lupakan Kulit

Ok! Aku pun tak tahu nak cakap camne dengan makhluk-makhluk Allah yang berperangai seperti tu. Dorang tak tahu ke daripada sesiapa pun kita tuntut atau belajar walaupun hanya belajar menyebut huruf 'A' sekalipun, dia adalah merupakan guru kita. Sedikit jer hati seorang guru terguris akibat perwatakan dari anak muridnya sendiri, nescaya anak muridnya akan tempuhi satu kegagalan dalam kehidupannya kelak sebagai balasan dari perbuatannya.

Percayalah. Renung-renungkan.

Hmm.Done!

Sebenarnya aku takde pape nak celoteh malam-malam ni. Tapi aku nak jugak post something kat blog aku ni. Haha.Pape pun, lagi beberapa hari jer lagi dah nak masuk UIA balek. Tapi untuk short sem ni aku ambek satu subjek jer. So mungkin tak sesibuk sebelum ni. Tapi ape aku nak buat yer kalo bosan nanti ek. Hmm. Mungkin baca buku kat bawah ni kot. Huhu.


Pemberian adik-adikku a.k.a. anak murid silat di SMK Sg Pusu. Hmm. Dorang belikan masa Book Fair 2011 kat PWTC. Huhu. Agak terharu pada mulanya. Thanks very much.

Baru jer lepas tengok cerite Fast 5 kat wayang beberapa hari lalu. Komen aku, hmmm. Smart! Gempak! Grafik Cun! Tak rugi bazir 2 jam ngan tiket 9 hinggit untuk tengok cerite ni. Haha. Kalau lah ade filem Malaysia macam cerite ni aku Tabik Spring punye!

Fast 5

Sekian untuk kali ini. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...