Hari Guru

Assalamualaikum.

Terasa lama tak mengupdate ape-ape kat dalam blog aku ni. Maklumlah terasa busy sejak dua menjak ni. Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat Iman dan Islam sehingga kini dan juga kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara pinjaman-NYA. Hmm.

Hari ini merupakan tanggal 16hb Mei 2011. Merupakan satu hari Istimewa buat semua warga Pendidik seluruh Malaysia. Yaa! HARI GURU. Dikesempatan ini, penulis ingin mengambil peluang untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU buat semua guru-guru diluar sana dan khusus kepada Cikgu-cikgu yang pernah mengajar penulis sejak dibangku sekolah.

SK Taman Melawati 1
|
SMK Taman Melawati
|
SMK Sungai Pusu
|
CFS IIUM PJ
|
IIUM Gombak.

"SELAMAT HARI GURU"

Tidak ada yang mampu dibalas oleh penulis melainkan ungkapan TERIMA KASIH.

Setiap tahun memang aku takkan lupekan tarikh keramat 16hb Mei kerana sehari sebelum tarikh tersebut merupakan ulang tahun kelahiranku. Untuk tahun ini, MISI aku hampir berjaya untuk tidak menghebahkan tarikh birthday aku kat FB. Haha. Tapi ade jugak seorang member aku yang masih ingat tarikh birthday aku dan wish menerusi FB. Start dari satu status WISH Birthday beliau, barulah ade kelibat sahabat2 yang lain wish kat aku. Haha. Anyway, Thanks a lot. :)

"HAPPY BIRTHDAY TO MYSELF"

Setakat ni jer dulu. Sejak dua menjak ni, aku macam dah takde mood sangat nak berblogging. Tak tahu sebab ape. Hmm. Cau dulu, Assalamualaikum.

Comments