Game Silat MSSN Selangor 12 - TAHNIAH!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Hujung minggu yang agak memenatkan. Seperti biase masa yang dipenuhi dengan latihan2 fasa terakhir persediaan menghadapi kejohanan silat kebangsaan minggu depan.

Namun, perasaan gembira serta bersyukur turut di rasai oleh penulis kerana penulis telah berjaya menghasilkan pesilat2 bertaraf negeri peringkat sekolah2 yakni pabila anak2 didik penulis telah berjaya merangkul 2 Emas, 1 Perak dan 1 Gangsa di Kejohanan Pencak Silat Sekolah2 Negeri Selangor yang telah diadakan pada 12-15hb April yang lalu bertempat di Komplek Rakan Muda Klang.


Pungutan pingat dari Duta2 SMK Sg Pusu :-
EMAS - Regu Putera & Tunggal Puteri
PERAK - Tunggal Putera
GANGSA - Olahraga Puteri

Pemenang pingat EMAS akan mewakili negeri Selangor di kejohanan peringkat kebangsaan kelak. Alhamdulillah. Terasa puas dan seronok bila kita berkorban sesuatu dan kita nampak hasilnya. Walaupun hasilnya bukan berbalik pada diri kita juga, namun sekurang2nya penulis berjaya meneruskan legasi pesilat2 SMK Sg Pusu yakni menghantar wakil ke arena kebangsaan.

Kebetulan tahun ini bakal diadakan Kejohanan Silat peringkat Sekolah2 Asia. Penulis sentiasa mendoakan anak2 didik penulis berjaya sehingga tahap itu walaupun mungkin hakikatnya tanggungjawab kemenangan itu bukan terletak dibahu penulis tetapi dibahu jurulatih silat negeri Selangor sendiri.

TAHNIAH dan SYABAS!
Namun jangan sentiasa berasa selesa dengan peringkat kita sekarang. Kerana selangkah kalian ke peringkat yang lebih tinggi, level permainan kalian perlu dikemaskini dan dinaiktaraf. Semoga MISI kita memburu title JUARA KEBANGSAAN yang mana sekolah kita pernah sandang beberapa tahun dulu berjaya di kembalikan semula. Amiin.

p/s : Teruskan latihan. Champion tak kenal erti penat berlatih. Good luck!

Wallahualam.

Comments